top of page

'Bawa idea reformasi paling penting, bukan pemimpin muda atau tua'



Politik nilai yang perlu dipedulikan oleh rakyat Malaysia adalah mengutamakan prinsip perjuangan seseorang pemimpin, bukan fokus semata mata kepada usia muda atau tua.


Hal itu ditegaskan oleh Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam forum Pentas Interaksi Anak Muda di Pusat Alumni Universiti Malaya, pagi tadi.


Beliau menjawab soalan seorang peserta forum apakah pemimpin tua perlu bersara dan perubahan struktural akan berlaku untuk menjadikan Malaysia lebih baik.


"Sekarang ini orang tahu perjuangan untuk reform, kebebasan kehakiman dan sistem ekonomi yang adil, kalau seseorang boleh tawarkan (semua itu) maka orang boleh memilih.


"(Idea) kalau yang lama ini berhenti semua, masalah selesai? Tidak semestinya.


"Kamu lihat pemimpin muda (kerajaan memerintah), sama ada mereka tulen mahu bawa reformasi atau mereka sebahagian daripada sistem yang korup? Itu kita kena teliti.


"Sebab itu saya kata engagement itu penting. Kamu kena pilih apa yang baik berdasarkan program dan dasar. Bukan berdasarkan parti atau janji Melayu atau Islam.


"Kita lihat macam pengkhianatan. Orang khianat itu masa dia muda bercakap bukan main hebat. Tetapi bagi peluang, jawatan, lingkup semua. Atau ugutan. Kamu sokong juga Anwar kita buka fail korupsi dan akan didakwa," kata Anwar dalam jawapannya disambut tepukan hadirin.


Dalam program tanya jawab yang julung kali diadakan oleh pihak Perantis Legislatif Anwar Ibrahim itu, Ahli Parlimen Port Dickson itu ditanya oleh hampir 10 peserta dan beliau memberi penjelasan dalam pelbagai isu termasuk soal ekonomi, sosial dan perundangan.


Ditanya mengenai transisi dalam kepimpinan KEADILAN kepada yang berusia lebih muda, beliau berkata hal itu sedang berlaku malah dalam kedudukan Timbalan Presiden sekali pun.


Bagaimanapun Anwar berkata, orang muda dalam parti perlu membina karisma dan wibawa politik sebelum mengambil alih tampuk pimpinan.


"Dalam KEADILAN, barisan kedua telah mengambil alih parti, timbalan, naib, usia 40an, 30an. Jadi ruang diberikan kepada mereka untuk menentukan transisi ini. Dan saya sebut kepada perwakilan bahawa transisi harus berlaku.


"Kita telah persiapkan, bahawa semua pimpinan negeri itu diambil dari kalangan generasi kedua daripada generasi awal (sebelum itu).


"Namun saya juga dialog dengan anak muda, saya berdialog dengan orang lama yang pencen. Peguam, mantan duta pun ada. Pandangan mereka lain.


"Jadi jangan tuntut perubahan kepada anak muda yang tidak diuji, dan kita tak tahu dia akan lompat ke mana


"Tetapi kita harus beri ruang kepada anak muda yang untuk menentukan dasar kini dan masa depan," katanya.


Menjawab isu dari sekumpulan anak muda pekerja perkhidmatan e-haling, berkenaan gaji yang menurun, Anwar menyarankan agar Menteri lebih tegas dalam isu gaji dan pekerjaan di negara ini.


"Rider ini kalau rujuk pada Grab, itu kita dah suarakan dan harus suarakan dengan keras lagi. Syarikat itu yang asalnya dari Malaysia sekarang di Singapura untungnya berbilion.


"Nak dapat tambahan RM30 seorang pun tak bolehkah? Syarikat untung ratus juta, bagilah sedikit tambahan.


"Tak kan Grab rider ini mampu lawan yang di atas. Itulah perlunya campurtangan pimpinan negara. Ini yang penting.


"Tetapi (ada yang kata) ini bertentangan teori kapitalisme. Kamu tak belajar habis. Baca Adam Smith: Wealth of Nations. Adam juga menulis tentang Theory Of Moral Sentiments. Bukan sahaja kekayaan, keuntungan, produktiviti tetapi mesti ada moral sentimen mengenai keadilan dan kesaksamaan. Ini tidak ada.


"Saya tak fikir tuntutan mereka ini (pekerja bawahan) nak jadi kaya. Tidak. Hanya boleh hidup, makan dan jaga keluarga," katanya lagi.






0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page