Baucar Jom Shopping Selangor yang dinaikkan daripada RM100 ke RM200 dinanti nantikan oleh golongan memerlukan atau B40 dalam menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Menurut Exco Selangor, Rodziah Ismail, bantuan tersebut pasti meringankan beban golongan tersebut menyambut perayaan yang hampir serentak dengan pembukaan penggal persekolahan.
Beliau berkata demikian ketika membawa 800 penerima baucar Jom Shopping di pasar raya Giant Bukit Kemuning, Shah Alam pagi tadi.
"Hari ini DUN Batu Tiga melaksanakan Jom Shopping Aidilfitri untuk warga beragama Islam yang menyambut hari raya tidak lama lagi.
"Saya buat program ini berperingkat. Kita ada 9.30 pagi, 10.30 dan 11.30 kemasukan shopping. Kalau tidak padat juga kerana ada 800 peserta menerima.
"Saya bersyukur kerana tahun ini kerajaan Selangor telah menaikan nilai baucar jom shopping ini daripada RM100 kepada RM200.
"Mudah mudahan baucar yang kita beri akan dapat melegakan mereka (yang memerlukan)," katanya.
Selain skim Jom Shopping, katanya, Kerajaan Negeri juga menawarkan pemberian baucar hari lahir kepada warga emas berumur 60 tahun ke atas.
"(Skim ini) ada 5,567 warga yang mendaftar, dan 300 telah mengambil baucar. Maklumat kerajaan Selangor dapat diterima dengan baik oleh penduduk negeri
"Kita juga ada baucar untuk OKU. Keluarga mereka yang tidak berpendapatan baik kita beri baucar perayaan," katanya.
Tambah Rodziah, sikap prihatin kerajaan Selangor sejak diperintah Pakatan Harapan bermula pada 2008 telah terbukti dengan mengembangkan baucar Jom Shopping kepada shopping perayaan dan dikembangkan kepada shopping OKU.
Selain, Rodziah, Ahli Parlimen Shah Alam, Azli Yusof juga turut meraikan program Jom Shopping berkenaan.
"Ini merupakan kali pertama sejak saya menjadi Ahli Parlimen Shah Alam bersama sama program Jom Shopping sambutan Aidilfitri," katanya.
Macamana nak mahon baucar tu