top of page

Baucar buku guru: KPM hargai keprihatinan Kerajaan MADANI

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 3 days ago
  • 1 min read


Oleh: Azuan Ab Rahman


Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyambut baik pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengenai pemberian baucar buku kepada semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP).


KPM menyifatkan ia sebagai satu lagi manifestasi keprihatinan kerajaan MADANI terhadap kebajikan warga pendidik.


"Pengumuman Perdana Menteri mencerminkan keprihatinan beliau terhadap kepentingan membudayakan amalan membaca dalam kalangan masyarakat, termasuk golongan pendidik.


"Inisiatif ini bertepatan dengan usaha berterusan kementerian untuk mempertingkatkan amalan membaca di semua peringkat selain menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat dalam kalangan pendidik.


"KPM menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Perdana Menteri," menurut kenyataan itu.


Perdana Menteri mengumumkan inisiatif itu pada Ahad sewaktu menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2025 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).


Menerusi ucapanya, beliau berkata golongan guru mempunyai tanggungjawab besar dalam menyebarkan ilmu selain berperanan memupuk minat pelajar terhadap amalan membaca.


Justeru pemberian baucar buku kepada golongan itu dianggap sebagai pelaburan ke arah pembinaan negara yang lebih berpengetahuan dan berdaya saing.


Sementara itu KPM menerusi kenyataannya memaklumkan bahawa pihaknya akan memperincikan pelaksanaan inisiatif tersebut dalam tempoh terdekat.


Ia bagi memastikan manfaatnya dapat disalurkan segera kepada lebih 430,000 PPP di seluruh negara.

Комментарии


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page