top of page

'Batalkan keputusan pemilihan KEADILAN 2022 mengarut'



Tuduhan Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin kononnya Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pernah merayu kepadanya untuk membatalkan keputusan pemilihan KEADILAN pada 2022 adalah tidak berasas.


Menurut Saifuddin, tuduhan itu bersifat kenyataan politik menjelang Pilihan Raya Negeri Ogos ini.


Katanya, pertemuan yang dilakukan dengan Hamzah sepanjang tahun lalu adalah sebagai pengerusi bersama jawatankuasa di antara kerajaan dan pembangkang sewaktu pemerintahan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.


Manakala hubungan beliau dengan Kementerian Dalam Negeri pula adalah untuk menjawab surat tunjuk sebab daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) yang jika tidak dijawab boleh menyebabkan pendaftaran KEADILAN dibatalkan.


"Jadi ada beberapa aduan daripada pemilihan, oleh anggota parti kepada JPPM yang menulis kepada kepada parti, saya sebagai setiausaha agung diberi tanggungjawab majlis pimpinan pusat (PKR) untuk respon surat tunjuk sebab itu," katanya dipetik FMT bagi menjawab dakwaan Hamzah dalam ceramah, malam tadi.


Menurut Saifuddin, beliau memberi surat tunjuk sebab sebanyak dua kali kepada JPPM dan itu tiada kaitan dengan dakwaan Hamzah.


Dalam ceramah di Alor Setar malam tadi, Hamzah mendakwa Saifuddin pernah merayu kepadanya untuk membatalkan keputusan pemilihan PKR 2022 ketika beliau memegang jawatan menteri dalam negeri.


JPPM yang memantau parti politik adalah di bawah Kementerian Dalam Negeri diketuai Hamzah pada waktu itu.

0 comments

Recent Posts

See All

Komentarze


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page