top of page

Batalkan fasa keenam projek kapal LSC penerusan dari cadangan Ismail Sabri - Anwar



Kenyataan sinis Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishamuddin Hussein ke atas cadangan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim agar projek fasa keenam pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) Tentera Laut Diraja Malaysia dibidas dalam kenyataan balas.


Anwar dalam siaran medianya malam tadi mengesa Hishamuddin melihat kembali jawapan Menteri Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 2020 yang mencadangkan projek LCS diberikan kepada kontraktor baharu yang bermakna kontraktor sedia ada perlu dihentikan.


"Bila saya cadangkan fasa keenam dibatalkan, itu diperlekeh oleh Menteri Pertahanan. Dia lupa.... bila Menteri malas itu jadinya. Baca apa Menteri Pertahanan Ismail Sabri (era PM Muhyiddin Yassin) kata 3 Ogos 2020. Pertama, beri syarikat lain selamatkan LCS, kedua, tangguhkan beberapa fasa dan tamatkan fasa yang akhir.


"Tetapi bila Menteri (Hishamuddin) tak buat kerja dan lembab inilah jawapan dia. Datuk Seri Ismail keluarkan kenyataan itu dari laporan Jawatankuasa Peringkat Tertinggi Kementerian Pertahanan yang menunjukkan masalah ini.


"Malah opsyen ketiga yang ditunjukkan PM sekarang pada Ogos 2020 ialah batalkan projek dan minta yang lain ambil alih," katanya.


Ahli Parlimen Port Dickson itu juga berasa kesal kerana perolehan pembinaan LCS, sama seperti perolehan besar Kementerian Pertahanan lain tidak dilakukan secara tender terbuka.


Beliau menggesa Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan ketika tender tersebut diluluskan untuk menjawab mengapakah tiada ketelusan dalam penganugerahan projek.


"Masalah ini berlarutan. Tahun 2019 Tan Sri Ambrin Buang menyatakan laporan masalah tersebut, sekarang kita dikejutkan Laporan Jawatankuasa Kira Kira Wang Negara (PAC). Kalau menteri buat kerja dia tahu masalah ini lebih berat daripada apa yang dicuba diselindung.


"Kita tak boleh tutup kes ini dengan mudah. Mengapa selalu dalam perolehan terbesar RM9 bilion, mengapa tak ada tender terbuka? PM ketika itu (Najib) mesti jawab, Menteri Pertahanan Zahid Hamidi dan Hishamudidn harus menjawab dan jangan ada alasan siasatan belum beres. Siasatan harus bermula 2019 atau sebelumnya.


"Siasatan SPRM harus rapi, bukan sahaja satu dua tetapi perjanjian komersial yang melibatkan masalah seberat ini," katanya.


Selain itu, Anwar juga mengungkit mengenai perolehan pertahanan sebelum ini yang melibatkan kapal selam Scorpene dengan komisen RM400 juta yang melibatkan Najib.


"Kes ini besar kerana terkait dengan pembunuhan Altantuya. Scorpene ini disebut di Parlimen ada komisen Euro 130 juta atau RM400 juta telah disalur melalui syarikat Razak Baginda. Lagi masalah


"Itulah menyebabkan ketika itu, saya war warkan, bila ambil RM300 juta namanya komisen, bila anggota polis biasa ambil RM50 namanya korupsi. Ini dah 10 tahun tetapi tak ada pengajaran," katanya.


Anwar juga melahirkan rasa takjub mengapakah syarikat yang terlibat dengan pembinaan kapal selam, DCNS dipanggil semula untuk membina LCS, sedangkan siasatan di Malaysia dan Perancis mengaitkan syarikat itu dengan praktik rasuah dan agihan komisen.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page