top of page

Batal Ordinan Darurat tanpa perkenan Agong: AMK Pandan buat laporan polis


Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pandan membuat laporan polis berikutan satu kenyataan rasmi dari Istana Negara yang disiarkan dalam laman media sosial bertarikh 29 Julai lalu berkenaan proses pembatalan darurat yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan yang dilakukan oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang diterajui oleh Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Md. Yassin.


Sehubungan itu, Timbalan Ketua AMK Negeri Selangor, Mohd Shahffeq Eqhwan Shahrom mahu pihak Polis DiRaja Malaysia melakukan siasatan sewajarnya terhadap pelaku-pelaku pelanggaran Perlembagaan tersebut.


"Seperti yang dinyatakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Takiyuddin Hasssan di sidang Parlimen pada 26 Julai lalu, tindakan pembatalan semua Ordinan Darurat secara tergesa-gesa tanpa pembentangan di Parlimen dan kenyataan yang bercanggah serta menggelirukan di Parlimen merupakan sesuatu yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan kedaulatan undang-undang.


"Ini jelas merupakan satu tindakan yang memudaratkan Demokrasi Berparlimen serta menghina Institusi Diraja dan menafikan kedudukan dan bidang kuasa Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong sebagai Ketua Negara.


"Oleh yang demikian, AMK Pandan berharap pihak PDRM dapat menjalankan siasatan dan mengambil tindakan undang-undang yang sewajarnya bagi mempertahankan kedaulatan Institusi Raja-Raja Melayu dan Perlembagaan Persekutuan," katanya.


Selain itu, Shahffeq yang juga Ketua AMK Cabang Pandan menegaskan sokongan tidak berbelah bahagi terhadap kepimpinan Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam menghadapi kemelut politik dan kebiadaban kerajaan Perikatan Nasional.


"AMK Pandan menegaskan pendirian dan sokongan yang tidak berbelah bahagi untuk mengangkat Datuk Seri Anwar sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-9 bagi menjamin kelangsungan proses demokrasi dan memimpin negara ke arah yang lebih cemerlang," katanya lagi.


0 comments

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page