top of page

Batal Ordinan Darurat kompaun langgar SOP tidak lebih RM1,000, AMK tuntut penjelasan


Susulan pemansuhan Ordinan Darurat yang diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan didakwa dibuat pada 21 Julai lalu, Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia menuntut penjelasan berhubung akta-akta yang dibuat sewaktu darurat lalu sama ada masih sah dikuatkuasakan.


Menurut kenyataan Pengerusi Biro Guaman & Undang-Undang AMK, Chiew Choon Man dan Exco Biro Guaman & Undang-Undang AMK, Gavin Way, pengumuman menteri yang separuh masak itu telah menimbulkan kekeliruan dalam kalangan rakyat kerana mengikut prosedur, pemansuhan Ordinan Darurat perlu mendapat perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong sebelum rasmi diperakukan.


"Seperti yang dimaklumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam Mesyuarat Khas Dewan Rakyat, semua 6 Ordinan yang dibuat sepanjang tempoh Proklamasi Darurat telah dibatalkan kerana kerajaan telah menarik balik ordinan berkenaan pada 21 Julai lalu.


"Walau bagaimanapun, pengumuman Menteri yang tidak berasas ini hanya menimbulkan kekeliruan kerana pembatalan tersebut belum diwartakan sejak 21 Julai


"Adalah pengetahuan umum bahawa susulan daripada pembatalan Ordinan Darurat, semua kompaun di bawah Akta 342 tidak boleh melebihi RM1,000.


"Oleh itu, kekeliruan dari segi pelaksanaan undang-undang ini menyebabkan ketidaktentuan status semua kompaun yang dikeluarkan selepas tarikh pembatalan ordinan. Adakah kompaun sah dan berapakah amaun yang perlu dikenakan di bawah kompaun ini?" tanya mereka.


Tambah mereka, menteri juga harus menjelaskan apakah penamatan Darurat tersebut bermakna Pilihan Raya Negeri Sarawak dan beberapa Pilihan Raya Kecil perlu diadakan segera atau akan ditangguhkan lagi menggunakan peruntukan undang-undang yang lain.


"Pembatalan Ordinan Darurat juga menimbulkan persoalan mengenai kewajiban untuk melaksanakan Pilihan Raya Negeri Sarawak dan Pilihan Raya Kecil di beberapa kawasan Parlimen.


"Sehubungan itu, AMK meminta penjelasan daripada kerajaan dengan kadar segera kerana kedaulatan undang-undang tidak boleh dikompromi semata-mata demi kepentingan politik kerajaan Perikatan Nasional. Rakyat yang terkesan di bawah pemasyuran atau pembatalan Ordinan Darurat berhak mengetahui dengan lebih lanjut keadaan yang sebenar," kata mereka lagi.


Tegas pimpinan AMK berkenaan, segala proses pembatalan Ordinan Darurat perlu mematuhi prosedur di bawah Perkara 150 (2C) dan (3) Perlembagaan Persekutuan.


Ordinan Darurat hanya boleh dibatalkan di bawah kuasa Yang di-Pertuan Agong atau apabila terdapat ketetapan diluluskan oleh Parlimen bagi mengungkaikan ordinan tersebut.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page