top of page

Basmi Penyelewengan Teras Utama Kerajaan Perpaduan



Oleh: Andre Lai


ULASAN: Semenjak seminggu lalu, Malaysia mendapat berita baik dengan kemenangan HARAPAN dan penobatan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke 10. Namun memandangkan kerajaan gabungan pelbagai parti yang diterajuinya, memang sukar baginya untuk melaksanakan agenda reformasi dengan cepat tanpa rundingan yang berlarutan di kalangan gabungan-gabungan parti politik.


Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal menghadapi banyak cabaran dalam usahanya merangka dasar yang akan memenuhi tuntutan pelbagai kumpulan, parti politik dan desakan ekonomi rakyat dalam kerajaan yang diterajui ini. Walau bagaimanapun, isu yang yang paling sukar dihadapi negara hari ini adalah gejala rasuah kerana ia wujud di setiap peringkat, tidak kira umur, bangsa dan latar kebelakang.


Tolak projek tanpa tender terbuka


Pada 28 November 2022, Datuk Seri Anwar mengumumkan inisiatif untuk menolak sebarang kelulusan perolehan projek tanpa tender di bawah pimpinan beliau. Dalam kenyataan beliau yang ringkas tetapi bernada serius, Anwar telah menegaskan “Soal perolehan, soal kelulusan tanpa tender ini semua tak boleh lagi dah. Tidak boleh lagi negara ini terus dengan mengizinkan kebocoran, ketirisan dan rasuah.


“Ini harus berlaku di semua peringkat, maka untuk peringkat awal, saya menyeru semua untuk bersama dalam pasukan ini, mari kita bertekad untuk menyelamatkan negara kita mengangkat semula (imej negara).” Kenyataan tersebut dibuat selepas perjumpaan pertama bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM).


Dalam masa singkat, komen dan perkongsian pautan melonjak, usaha ini dialu-alukan oleh para warga net.


Isu ketirisan perbelanjaan dana kerajaan telah menjadi topik hangat sekian lama. Setiap tahun, pasti ada laporan audit negara berkenaan masalah penyelewengan dan pengagihan projek tanpa tender, meskipun negara kita sepatutnya mempunyai undang-undang dan sistem pemantuan seperti sistem E-perolehan yang wujud semenjak 1999.


Sering dikaitkan amalan rasuah


Namun, ketirisan perbelanjaan sering dikaitkan dengan amalan rasuah yang kini berada di tahap yang membimbangkan. Indeks Persepsi Rasuah (CPI) pada 2021 telah mencecah pada kedudukan 62, berbanding dengan 57 tahun sebelumnya. Ia telah mencetuskan skala yang membahayakan, walaupun terdapat teguran Laporan Ketua Audit Negara dan amaran daripada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).


Segala bentuk aktiviti ekonomi negara terbantut dalam tempoh pandemik, tetapi perbelanjaan yang besar tetap diteruskan tanpa adanya ‘check and balance’ berkesan dan amaran demi amaran diendahkan.


Perolehan kerajaan untuk projek, merupakan bidang perniagaan yang amat terdedah terhadap gejalah rasuah, penyelewengan serta salah guna kuasa.


Senantiasa, pemberi dan penerima, yang terdiri daripada pegawai kerajaan (dan mantan perdana Menteri) berdepan risiko terlibat dengan jenayah serius ini. Malaysia terus merosot di mata dunia biar pun pada masa yang sama, Indonesia dan China di bawah pimpinan Jokowi dan Xi Jin Ping berjaya melancarkan tindakan progresif dalam membasmi rasuah.


Cabaran reformsi pamer imej bersih


Cabaran untuk PM 10 dalam agenda reformasi. Sudah pasti ia akan menghadapi kesukaran dalam mempamerkan imej Malaysia yang bersih, inklusif dan bebas rasuah. Sebelum PRU15, isu LCS dan perbelanjaan RM 600 bilion pada zaman Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memenuhi ruang maya. Terdahulu, isu 1MDB juga meletakkan Malaysia di pentas dunia dengan citra yang amat buruk.


Bagaimanapun pada hari ke-5 menjadi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar telah menunjukkan tekad untuk membasmi penyelewangan sebagai teras utama pentadbiran Kerajaan Perpaduan Malaysia. Penulis ingin melihat Malaysia yang lebih berjaya. Sekiranya Datuk Seri Anwar diberi sepenggal penuh, pasti ia boleh menjadi kenyataan.


Salam Malaysia Baru 2022.


_________________________________________________________________________________

Penulis merupakan Ketua Cabang Wangsa Maju dan Naib Pengerusi KEADILAN Wilayah Persekutuan

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page