top of page

Barisan kepimpinan parti beri kesan sokongan rakyat kepada KEADILAN



Pemilihan KEADILAN yang akan bermula pada bulan hadapan memerlukan anggota bijak memilih calon calon pemimpin yang digemari rakyat apatah lagi Pilihan Raya Umum ke 15 kemungkinan diadakan pada hujung tahun ini.


Hal itu ditegaskan oleh Bendahari Agung KEADILAN, Lee Chean Chung


Bercakap dalam forum anjuran Angkatan Muda KEADILAN malam tadi beliau berkata, sekiranya barisan kepimpian baharu nanti disenangi rakyat maka tentulah lebih senang bagi parti untuk mencatatkan keputusan yang cemerlang dalam PRU.


"Sebelum pemilihan parti kita perlu fikir adakah calon Timbalan Presiden atau pun siapa pun yang menang, adakah mereka yang betul betul di terima dan disayangi rakyat. Ini penting.


"Sebab kita tidak boleh berpisah dari rakyat. Umno boleh pilih siapa pun walau tidak disenangi rakyat kerana parti itu (dianggap) lebih besar daripada rakyat


"Dalam KEADILAN rakyat lebih besar dari kita. Dengan semangat sebegini semua kita kena fikir tokoh yang kita pilih ini adakah mendapat dokongan dan sokongan rakyat? Ini sangat penting," katanya memberi pendapat mengenai pencalonan jawatan Timbalan Presiden yang mulai diisi dengan pengumuman Rafizi Ramli semalam.


Menurut beliau lagi, perlu pemimpin yang dilantik itu menjadi pelengkap kepada presiden atau kepimpinan yang lebih tinggi sama ada dari segi idea atau gerak kerja bagi memantapkan perjalanan parti.


"Kita perlu pemimpin yang melengkapkan parti. Kita perlukan satu pasukan yang lebih baik. Pasukan yang boleh jadi pelapis.


"Penting juga Timbalan Presiden memberi input pandangan berbeza. Mungkin timbalan yang berjiwa muda. Juga perlu perspektif berlainan. Kita mahu satu budaya progresif," katanya.


Bagaimanapun, tambah ADUN Semambu itu, cabaran paling besar kepada anggota tentulah untuk mengekalkan kerusi yang dimenangi KEADILAN dalam PRU lalu dan menangani perubahan arah sokongan rakyat yang kini kelihatannya dicuri oleh Perikatan Nasional.


"Kalau kita tengok sebelum 2018, tak ramai rakan Melayu yang memandang isu kaum atau agama sebagai penentu membuat keputusan dalam pilihan raya. Biasanya ekonomi, kos sara hidup seperti kaum lain. Tetapi selepas 2018 politik beralih ke haluan kanan, mengapi apikan perkauman sempit dan retorik agama


"Pemerintahan PH pula ada kelemahan. Rakyat menunggu selama 60 tahun dan mereka harap ada perubahan drastik tetapi pimpinan PH tak dapat penuhi hasrat tersebut. Tidak kelihatan perubahan radikal. Malah ada percubaan mempertahan dasar dasar lama


"Zaman PH kaptennya Tun Mahathir. Sifat Tun tidak selari dengan jiwa progresif dan reformasi. KEADILAN terhimpit di samping kita tak ada peluang memimpin dasar manakala rakan rakan pula membelot. Mereka melompat dan kekal sebagai menteri," katanya.


Sehubungan itu, kata beliau, KEADILAN perlu mencari fomula untuk mengembalikan pengaruh Pakatan Harapan dan menghilangkan mitos bahawa PN adalah penyelesaian masalah bagi sesetengah pengundi baharu.


"Di mata rakyat kita dianggap sebahagian PH (pentadbiran Tun Mahathir). Bila mereka kecewa dengan PH mereka juga kecewa dengan KEADILAN. Kita tenggelam bersama parti parti lain.


"Rakyat kecewa. Itu memberikan ruang kepada kuasa lain untuk mencuri undi kita. Saya tuju kepada PN yang tidak jauh berbeza dengan Umno.


"Namun pada mata rakan Melayu ini (PN) satu formula baru. Kalau tak suka bossku, barang naik maka pilih PN. Kita gagal mengekalkan sokongan Melayu progresif," katanya lagi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page