top of page

Barisan kepimpinan baharu perlu kembali kepada akar umbi - Nabil

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 3 minutes ago
  • 1 min read


Oleh: Akmal Manaf


Pemilihan KEADILAN 2025 sampai kemuncaknya hari ini dengan pengundian bagi jawatan jawatan utama parti termasuk sayap wanita dan angkatan muda.


Namun bagi Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia, Nabil Halimi, beliau berharap AMK dan parti akan kembali sebagai satu pasukan sesegera mungkin dan tugas utama pemimpin yang menang adalah menyantuni anggota akar umbi.


Katanya, sayap parti perlu bergerak dengan lebih bersemangat menuju beberapa pilihanraya negeri termasuk Sabah, Melaka, Johor dan Sarawak yang akan berlaku sehingga tahun depan.


Selain itu, beliau mahu melihat barisan kepimpinan AMK lebih proaktif dan terus mendukung idealisme parti.


''Kita diberikan ruang dan mandat oleh rakyat, maka barisan kepimpinan baharu perlu kembali kepada akar umbi.


''Juga kembali kepada politik bersama rakyat dan memberi khidmat kepada mereka,'' katanya kepada Suara Keadilan selepas Perasmian Kongres AMK dan Wanita KEADILAN yang diadakan di sebuah hotel, di Johor Bahru, malam tadi.


Beliau berkata demikian apabila ditanya tentang harapan terhadap sayap pemuda itu pada masa akan datang.


Dalam pada itu, Nabil menyifatkan pemilihan kali ini merupakan pertarungan antara 'adik-beradik' kerana kem kem yang bersaing tidak pernah bermusuhan sebelum ini.


''Selepas pemilihan ini, kita bersama semula sebab pertarungan ini adalah sesama adik-beradik.


''Paling penting adalah kita perlu lihat ianya sebagai satu permulaan bagi KEADILAN untuk lebih berkembang dan menjadi pilihan utama rakyat Malaysia,'' katanya lagi.

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page