top of page

Barisan hadapan lawan Covid 19 dapat RM500, JASA diberi RM80 juta



Peruntukan menubuhkan semula Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) yang bertugas mempropagandakan kebaikan kerajaan Perikatan Nasional (PN) dengan peruntukan sehingga RM80 juta setahun dipertikaikan banyak pihak.


Bagi Ketua Penerangan KEADILAN, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, peruntukan yang sebegitu besar tidak wajar dibazirkan hanya untuk mempengaruhi pendapat rakyat ketika negara sedang berdepan pandemik Covid 19 yang memerlukan banyak peruntukan dalam misi mengawalnya.


Shamsul turut kecewa kerana barisan hadapan yang bertungkus lumus dan bersabung nyawa melawan Covid 19 sebaliknya hanya diberi saguhati one off RM500 oleh kerajaan PN.


"JASA dihidupkan semula dengan peruntukan RM85 juta dan sudah pastilah melakukan tugas-tugas propaganda buat kerajaan. Dalam keadaan negara menghadapi pandemik Covid apakah ini (penubuhan JASA) satu keutamaan sedangkan kita tengok barian hadapan bertungkus lumus bekerja hanya dapat RM500 one off.


"Ini menimbulkan kemarahan di media sosial dan sebagainya. Apakah ini satu keutamaan dari segi politik? Ini satu perkara yang akan dibangkitkan dalam perbahasan belanjawan nanti," kata Shamsul dalam forum khas atas talian, kupasan Belanjawan 2021 yang dianjurkan oleh Institut Darul Ehsan malam tadi.


Untuk rekod, peruntukan bagi operasi JASA adalah yang tertinggi sepanjang penubuhan badan itu. Pada era BN, JASA hanya dibiayai sekitar RM40 juta dan pada era PH ia ditamatkan.


JASA mendapat kritikan menyeluruh rakyat ketika mempromosikan kebaikan 1Malaysia Development Berhad dan kehebatan bekas PM Najib Razak dalam mentadbir negara, sebelum dikalahkan dalam Pilihan Raya Umum ke 14 lalu.


JASA di bawah PN dijangka mempunyai 60 kakitangan dengan peruntukan RM81.1 juta sedangkan barisan hadapan sebanyak 10,000 petugas diberi saguhati one off dengan peruntukan RM62 juta.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page