top of page

Barisan baharu pimpinan PH Perak arah gerakkan sekretariat peringkat Parlimen


Barisan baharu kepimpinan Pakatan Harapan (PH) Perak yang diketuai Datuk Seri Dr Mujahid Yusof mahu sekretariat di peringkat Parlimen digerakkan bagi menghadapi segala kemungkinan menuju Pilihan Raya Umum ke 15.


Menurut Penyelaras Komunikasi PH Perak, Dr Muhaimin Sulam, hal itu diputuskan dalam mesyuarat pertama bersama pengerusi baharu pada 24 Jun lalu.


"Setiap Parlimen di Perak perlu mengerakkan semula Sekretariat PH masing-masing.


"Ini sebagai persiapan menghadapi sebarang kemungkinan situasi politik terkini dan menjaga kebajikan masyarakat setempat.


"PH Perak akan memberi tumpuan terutama berhadapan krisis pandemik yang memberi kesan menyeluruh kepada semua pihak," katanya dalam satu kenyataan.


Mesyuarat tersebut juga, kata Muhaimin, mengumumkan barisan kepimpinan PH Perak selepas berlakunya pergolakan politik sepanjang tahun lalu yang menyaksikan kerajaan PH tumbang.


"Semua pengerusi negeri iaitu Nga Kor Ming (DAP), Asmuni Awi (Amanah) dan Farhash Wafa Salvador (KEADILAN) dilantik sebagai Timbalan Pengerusi PH Perak.


"Mesyuarat juga mengekalkan Setiausaha PH Perak kepada Sivakumar, Ahli Parlimen Batu Gajah.


"Manakala pejabat Sekretariat PH Negeri akan beroperasi di Wisma Amanah Negeri Perak," kata Dr Muhaimin


Menurut beliau, Mujahid dilantik oleh Majlis Presiden PH bulan lalu menggantikan bekas Menteri Besar Ahmad Faizal Azumu yang keluar PH bersama partinya Bersatu pada Februari 2020.


Manakala Ketua AMK Perak Mohamad Hairul Amir Sabri dilantik sebagai Ketua Pemuda PH negeri. Dia akan menggantikan bekas pemimpin Amanah, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim, ADUN Titi Serong yang menyertai Bersatu pada Julai 2020.


Pemimpin DAP Wong Mei Ing terus menerajui Wanita Harapan Perak. Naib pengerusi KEADILAN Perak, Tan Kar Hing kekal sebagai bendahari negeri.


Ahli jawatankuasa PH terdiri daripada pemimpin DAP Ngeh Koo Ham dan Wong May Ing; pemimpin Amanah Fakhruldin Mohd Mohd Hashim dan Ahmad Termizi Ramli dan pemimpin KEADILAN Baldip Singh dan MA Tinagaran.


Menurut Muhaimin lagi, PH Perak telah mencapai persetujuan mengenai struktur baru yang dimuktamadkan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan PH Perak baru-baru ini secara dalam talian dipengerusikan Dr Mujahid Yusof

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page