top of page

Bapa Penyayang penting untuk keutuhan institusi kekeluargaan

Updated: Jul 22, 2021


Institusi keluarga penting dijaga seharmoni mungkin bagi mewujudkan masyarakat penyayang dan negara yang bertamadun.


Sehubungan itu, Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam ucapan secara maya perasmian Pertubuhan Pemberdayaan Bapa Penyayang atau “Bapa Penyayang” pagi tadi menekankan peranan bapa dalam mendidik dan membimbing keluarga.


Katanya, statistik keganasan rumahtangga, penderaan terhadap isteri dan anak-anak semakin meningkat di musim pandemik Covid 19 menyedarkan masyarakat betapa pentingnya institusi kekeluargaan dipandu, diperhatikan dan diambil berat oleh kerajaan dan badan bukan kerajaan.


"Menurut statistik PDRM sepanjang Januari-Disember 2020, sebanyak 5,269 kes keganasan rumahtangga telah dibuka kertas siasatan, manakala statistik Talian Kasih KPWKM, dalam tempoh yang sama sebanyak 2,540 kes keganasan rumahtangga diterima.


"Bagi empat bulan pertama 2021 pula, sebanyak 902 kes kegansan rumahtangga telah dilaporkan.


"Kita tidak ingin perkara sebegini membentuk pemikiran anak-anak bahawa keganasan adalah normal, bukan jenayah dan akhirnya menyebabkan mereka pula mekakukan perkara sama terhadap pasangan mereka, ataupun mereka merasakan itu sebagai perkara

biasa.


"Situasi ini akan membentuk satu kitaran ganas (vicious cycle) dan kitaran ini kita mesti dihentikan," katanya dalam ucapan tersebut.


Dr Wan Azizah yang juga Pengerusi Yayasan Aman Malaysia menambah, peri pentingnya masyarakat mendalami karya-karya pemikir Islam seperti Syekh Abdullah Nasih Ulwan menerusi karya Tarbiyatul Awlad yang menggariskan proses pendidikan dan pembesaran anak-anak dalam rumahtangga dipengaruhi oleh ibu dan bapa mereka kerana penjagalah yang akan membentuk acuan dan psikologi anak tersebut.


Selain itu, katanya, hal sama juga ditekankan oleh cendiakwan Islam Dr Hisham Al Talib, dan Prof Abdul Hamid Abu Sulayman melalui karya mereka Parent-Child Relations : A Guide to Raising Children yang menggariskan cabaran pendidikan anak-anak dan keutuhan institusi keluarga dalam dunia kontemporari yang amat mencabar


"Oleh itu, saya amat berbangga dengan penubuhan Pertubuhan Pemerdayaan Bapa Penyayang (Bapa Penyayang) pada hari ini.


"Saya meletakkan harapan tinggi agar pertubuhan ini dapat memainkan peranan yang bermanfaat membina peribadi seorang bapa.


"Semoga persepsi bapa sebagai ketua keluarga adalah seorang yang dominan, tidak boleh sama sekali disangkal, jengkel dan garang akan bertukar kepada seorang bapa yang mudah didekati, memahami, penyayang sehingga menjadikan rumah sebagai tempat yang selamat dan selesa bagi isteri dan anak-anak.


"Saya juga ingin mengucapkan Selamat Hari Bapa kepada semua yang bergelar bapa dan bakal-bakal bapa. Hari yang meraikan bapa seluruh dunia pada 21 Jun ini bukanlah hanya satu-satunya hari untuk menunjukkan kasih sayang kita kepada bapa, bahkan setiap hari kita berkasih sayang antara seorang anak dan seorang bapa, dan sebaliknya," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page