top of page

Banyakkan doa pastikan rakyat Palestin selamat



Serangan udara tentera Israel ke atas umat Islam Palestin di Gaza yang telah mengorbankan lebih 5,000 jiwa tidak seharusnya diteruskan dengan serangan darat besar besaran untuk melaksanakan penghapusan etnik di wilayah tersebut.


Bagi Pengerusi Biro Pekerja KEADILAN Malaysia, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid, rakyat Malaysia dituntut berdoa sebanyak mungkin agar Israel gagal dalam serangan daratnya atau tidak melakukan serangan pembersihan etnik itu sama sekali.


"Kita ramai ramai berdoa, IshaAllah Palestin selamat daripada angkara durjana ini


"Kita doa untuk memastikan Allah tidak izin serangan yang akan dilakukan (dengan bantuan) oleh Amerika Syarikat, United Kingdom dan Perancis ini. InshaAllah akan datang pertolongan Allah untuk memastikan Palestin selamat. InshaAllah Palestin selamat dari syaitan (Zionis) ini," katanya ketika ditemuramah oleh Media Perpaduan di Himpunan Malaysia Bersama Palestin di Stadium Axiata Arena Bukit Jalil, Kuala Lumpur, malam ini.


Justeru Abdullah Sani yang juga Pengerusi Tekun Nasional berkata, rakyat Malaysia perlu meletakkan saudara mereka di Palestin di sanubari dan seperti keluarga sendiri yang sering didoakan juga dirasakan derita sekiranya ditimpa musibah.


"Palestin ini letakkan sebagai sebahagian dari keluarga kita. Mereka adalah anak anak kita, kakak, ibu kita, apa yang mereka deritai itu sebenarnya Allah nak beri isyarat sebahagian daripada hidup kita. Maka kita kena pastikan terus menyokong Palestin. Pastikan jangan kita leka. Hanya dengan cara ini doa kita akan diterima Allah," katanya lagi.


Difahamkan hadirin yang menghadiri himpunan malam ini sekitar 18,000 hingga 20,000 berdasarkan kerusi stadium yang hampir penuh semuanya.


0 comments

Recent Posts

See All

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page