top of page

Inisiatif Data Telefon Bimbit: Rakyat tidak dipantau, tiada pencerobohan privasi

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jun 16
  • 1 min read
ree

Oleh: Akmal Manaf


Tuduhan yang dilemparkan oleh pihak pembangkang berhubung inisiatif Data Telefon Bimbit (MPD) kononnya rakyat dipantau sekali gus menceroboh privasi, ternyata tidak berasas dan meleset sama sekali.


Menurut Timbalan Pengarah Urusan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Zurkarnain Mohd Yasin, pihaknya menafikan bahawa data dikumpulkan mengandungi maklumat peribadi pengguna.


Sebaliknya beliau yang ditemubual Free Malaysia Today baru baru ini menegaskan, maklumat berkenaan adalah dalam bentuk agregat dan telah dinyah identiti sepenuhnya.


''Ia tidak mengandungi sebarang maklumat peribadi atau yang boleh mengenal pasti individu.


''Malah, tiada mekanisme pilihan masuk atau keluar terlibat, kerana data digunakan sebahagian daripada operasi asas rangkaian mudah alih,'' katanya dipetik.

ree

Menjelaskan lebih terperinci, Zurkarnain berkata, inisiatif berkenaan adalah berasaskan data raya (big raya) yang digunakan secara agregat bagi menghasilkan pandangan makro bertujuan membantu pembangunan negara.


Ujarnya, projek tersebut masih berada di peringkat awal dan Jabatan Perangkaan (DOSM) bakal mengadakan sesi libat urus dengan pihak berkepentingan untuk penerangan lanjut berhubung insiatif berkenaan.


''Tuduhan tidak berasas tentang inisiatif MPD ini boleh membuatkan orang ramai keliru, selain berpotensi membantutkan usaha negar untuk membangunkan sumber data rasmi yang lebih tepat dan boleh dipercayai.


''Data rasmi yang lebih tepat berupaya mengukuhkan perancangan dasar awam sekali gus mempertingkatkan penyampaian perkhidmatan,'' katanya lagi.


Dalam pada itu, Zurkarnain menambah bahawa, pada peringkat awal, data dijana secara automatik apabila peranti mudah alih berinteraksi dengan menara pemancar itu, diproses dan dinyah identiti di syarikat telekomunikasi.


Kemudian katanya, data agregat yang telah dinyah identiti diserahkan kepada DOSM dan MCMC.


Maka ujarnya, tiada sebarang pemindahan data mentah atau maklumat pengguna dilakukan di luar premis pengendali rangkaian mudah alih (MNO).

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page