top of page

'Banyak lagi pakar layak jadi Pegawai Khas PM' - Syed Ibrahim

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • May 25, 2022
  • 1 min read

ree

Pelantikan pensyarah kanan Universiti Utara Malaysia, Dr Kamarul Zaman Yusoff sebagai Pegawai Khas Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob terus dipersoalkan.


Menurut Ahli Parlimen Ledang, Syed Ibrahim Syed Noh, lantikan penting seharusnya mempunyai merit kerana Dr Kamarul diberi kedudukan di bahagian media yang seharusnya beliau mempunyai kepakaran dalam bidang berkenaan


Katanya, pelantikan seseorang tanpa kepakaran khusus hanya akan membazirkan wang pembayar cukai.


"Apakah “kepakaran” beliau ialah mencetus kontroversi perkauman dan mencabar di mahkamah?


"Sebagai PM, sewajarnya elak daripada melantik figura kontroversi sebagai pegawai khas.


"Saya yakin lebih ramai lagi “pakar” yang boleh diketengahkan (untuk menjaga media)," katanya.


Syed Ibrahim yang merupakan mantan Ketua Penerangan KEADILAN itu juga tidak melihat sumbangan tertentu yang boleh diberikan oleh Dr Kamarul kerana pengalaman beliau hanyalah menulis di media sosial isu politik dan tidak menyumbang kepada pencerahan intelektual rakyat.







Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page