top of page

Banyak kecurangan dikesan di Kementerian Kewangan - Anwar

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
Jan 13, 2023
1 min read


Kecurigaan kerajaan PN berbelanja tanpa rekod yang teratur dan mendedahkan kepada ketirisan sehingga ratusan juta ringgit semakin terbongkar selepas sebulan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil alih teraju pemerintahan negara.


Anwar yang juga Menteri Kewangan mendakwa beliau mengesan banyak kecurangan yang dianggap keterlaluan berlaku di Kementerian Kewangan sebelum ini ketika menyemak fail-fail di kementerian itu.


Beliau berkata demikian semasa menghadiri Majlis Perjumpaan Bersama Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan Negeri Terengganu di Dewan Senat, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) semalam.


Anwar menegaskan beliau menyentuh perkara berkenaan kerana mahu penjawat awam memahami ketelanjuran seperti itu tidak harus dibiarkan berterusan.


"Namun urusan untuk menyiasat bukan urusan saya. Urusan saya adalah menetapkan dasar dan menegakkan prinsip ketelusan dan kebertanggungjawaban," katanya dipetik.


Selain itu, Anwar juga menyeru penjawat awam agar menerapkan prinsip akauntabiliti demokrasi dalam mendirikan kebijakan yang baik untuk rakyat.


"Kita sebagai pembuat dan pelaksana dasar tidak harus bersikap leka dan mesti buat sedaya upaya untuk memungkinkan perubahan," katanya.


Pada pertemuan tersebut Anwar turut memberitahu pegawai-pegawai kanan Persekutuan yang hadir bahawa beliau adalah Perdana Menteri untuk semua negeri.


Oleh itu katanya, layanan kepada setiap negeri adalah setara dan saksama termasuk di Terengganu yang dikuasai pembangkang.

2 Comments


Nasrule Hakim
Nasrule Hakim
Jan 15, 2023

Sebab ni lah ABahCOW xnak balik dari London

Like

Alex lim
Alex lim
Jan 15, 2023

WTF!!! ... it has to be PM10, DSAI TO DIG OUT THE WORMS IN THE fINANCE MINISTRY! All the previous pnsss were cowardly chickens who were thieves & accomplices!!

Like

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page