top of page

Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah mula diagih hari ini



Bantuan kewangan tunai di bawah Kementerian Kewangan (MOF) untuk golongan B40 yang dijenamakan semula sebagai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) mula diagihkan pada hari ini.


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui satu kenyataan media pada Isnin berkata, beliau telah memutuskan agar pembayaran sumbangan yang sebelum ini dijadualkan pada Mac diawalkan pada Januari bagi meringankan beban sara hidup rakyat.

Dalam kenyataan serupa, beliau turut memaklumkan Pembayaran Fasa 1 Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kepada 8.7 juta golongan B40 bernilai RM1.67 bilion, akan dikreditkan secara berperingkat ke dalam akaun bank penerima mulai hari ini.


"Penerima STR di kawasan pedalaman, termasuk Sabah dan Sarawak yang mempunyai akaun bank atau tiada akaun bank akan turut menerima pembayaran itu pada tarikh sama.


"Penerima STR yang tiada akaun bank juga boleh membuat penunaian di Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 17 Januari," katanya.


STR Fasa 1 membabitkan kategori penerima isu rumah berjumlah empat juta dengan kadar RM300, 1.2 juta warga emas tanpa pasangan (RM100), manakala 3.5 juta golongan bujang (RM100).


Sementara itu Anwar yang juga Menteri Kewangan melalui kenyataan serupa berkata, melalui penjenamaan semula itu kerajaan turut merancang melaksanakan penambahbaikan kepada inisiatif tersebut.


"Selaras dengan itu, kerajaan telah memperkenalkan konsep Payung Rahmah sebagai induk kepada inisiatif-inisiatif membantu golongan kurang berkemampuan dalam mendepani cabaran kos sara hidup," kata Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page