top of page

Bantuan SARA: Senarai barangan boleh beli diperluas

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • May 2
  • 1 min read


Kerajaan MADANI menambah kategori barangan boleh dibeli di bawah Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kepada 14, termasuk produk kebersihan rumah seperti sabun dan serbuk pencuci, selain barangan asas lain.


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perluasan kategori barangan itu sebagai tanda keprihatinan kerajaan yang mendengar maklum balas majoriti penerima.


"Kerajaan Madani sentiasa mendengar suara rakyat demi memastikan kelangsungan hidup mereka terus terbela.


"Perluasan kategori barangan dibenarkan di bawah SARA adalah hasil maklum balas daripada majoriti penerima. Arakian, kerajaan bertindak segera untuk melaksanakannya," katanya menerusi kenyataan dikeluarkan Kementerian Kewangan pada Khamis.


Sebelum ini ketegori barangan hanya meliputi makanan asas, kebersihan diri, ubat-ubatan dan peralatan persekolahan.


Sementara itu menurut Anwar, pentadbirannya akan akan terus menambah baik pelaksanaan program SARA dari semasa ke semasa demi kesejahteraan dan kebajikan rakyat.

"Penerima SARA telah ditingkatkan daripada 700,000 kepada 5.4 juta mulai April.


"Kadar maksimum SARA yang diterima tahun ini adalah hingga RM2,100 berbanding RM1,200 pada tahun lepas, yang merupakan peningkatan 75 peratus," tambahnya menerusi kenyataan

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page