top of page

Bantuan RM10,000 kepada waris mangsa helikopter TLDM terhempas



Kabinet merakamkan ucapan takziah kepada semua waris pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) atas tragedi dua buah helikopter yang terhempas di Pangkalan TLDM Lumut, Perak kelmarin.


Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, bagi meringankan beban yang ditanggung pihak waris kerajaan bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa.


"Kerajaan turut menzahirkan rasa simpati atas kehilangan sepuluh wira-wira negara yang mencurah bakti sehingga ke akhir hayat mereka.


"Kementerian Pertahanan juga telah menubuhkan Tabung Khas bagi memudah orang ramai untuk turut menghulurkan sumbangan kewangan kepada keluarga mangsa," katanya dalam kenyataan.


Mohamed Khaled berkata, segala kos perjalanan terakhir yang meliputi penerbangan ihsan dan pengurusan jenazah ditanggung sepenuhnya oleh Angkatan Tentera Malaysia.


Dalam pada itu beliau berkata, Lembaga Siasatan yang ditubuhkan bagi mengenal pasti punca nahas udara itu telah diarah untuk menyerahkan laporan awal dalam tempoh 14 hari bekerja dan laporan penuh dalam tempoh 30 hari bekerja.


Senarai rasmi yang dikeluarkan oleh TLDM menyatakan mangsa yang terkorban di dalam helikopter AW-139 ialah Muhammad Firdaus Ramli, Wan Rezaudeen Kamal Wan Zainal Abidin, Mohammad Amirulfaris Mohamad Marzukhi, Muhammad Faisol Tamadun, Noorfarahimi Mohd Saedy, Noor Rahiza Anuar dan Joanna Felicia Rohna.


Mangsa yang menaiki helikopter Fennec pula ialah Muhamad Amir Mohamad, Sivasuthan Thanjappan dan Mohd Shahrizan Mohd Termizi.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page