top of page

Bantuan RM1,500 disalur kepada semua keluarga sukarelawan GSF

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Oct 3
  • 1 min read
ree

Kerajaan MADANI bakal menyalurkan bantuan wang tunai RM1,500 kepada 34 keluarga sukarelawan yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar (gambar) berkata, bantuan yang bertujuan meringankan beban dan kebimbangan ahli keluarga peserta misi akan disalurkan secepat mungkin.


"Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM Malaysia) akan berurusan dengan ahli keluarga sukarelawan dalam tempoh terdekat bagi mendapatkan butiran mereka agar bantuan diagihkan secepat mungkin.


"Kita tidak mahu mereka bimbang atau tertekan ekoran pemergian ahli keluarga menyertai misi tersebut," ujarnya dipetik.


Mohd Na’im berkata begitu kepada pemberita selepas menyampaikan amanat kepada pelajar Tajaan Skim Pembiayaan Huffaz (SPH), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) 2025 di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), di Bangi pada Khamis.


Beliau sementara itu memaklumkan, pihaknya juga bersedia untuk mempertimbang bantuan kewangan selanjutnya berdasarkan keperluan ahli keluarga mereka.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page