top of page

Bantuan Prihatin Nasional gagal, tidak berbaloi buat rakyat



Bantuan Prihatin Nasional (BPN) ketika mula diperkenalkan sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0 diterima baik oleh rakyat.


Namun dengan berjalannya waktu, harga barangan semakin meningkat dan PKP 2.0 kembali maka banyak kritikan mengatakan bantuan itu tidak berbaloi berbanding kerosakan yang ditimbulkan oleh sikap sambil lewa kerajaan Perikatan Nasional mengurus ekonomi.


Menurut Ifwat Amir dari Biro Profesional Angkatan Muda KEADILAN, BPN sekiranya diberikan kepada keluarga B40 sekali pun tidak banyak membantu meringankan beban terutama bagi keluarga yang menetap di bandar. Apatah lagi kepada ketua keluarga yang dipotong gaji atau dibuang kerja.


"Waktu BPN 1.0 kerajaan peruntukkan RM1,600 bagi isi rumah pendapatan RM4,000 ke bawah dan bagi M40 diberi RM1,000, juga diberi kepada kategori bujang


"Pada PKP 2.0, B40 mendapat RM1,000 dan M40 RM800. Saya anggap BPN ini tidak berbaloi kerana kalau kita kira isi rumah berpendapatan RM3,000 di Selangor dan Kuala Lumpur mereka dikategorikan sebagai miskin bandar.


"Ini mengecewakan dan tidak membantu meringankan beban rakyat. Bantuan RM1,600 kalau satu rumah ada 6 anak, pendapatan RM4,000 ke bawah macam mana nak survive (dengan bantuan sekecil itu)? Bagaimana nak beli susu, lampin dan sebagainya.


"Mereka (kerajaan) tak tahu nilai yang terpaksa rakyat beli. Sama dengan BPN golongan bujang RM800. Logik atau tidak, kalau bayar kereta sahaja RM600, kemudian mahu bayar sewa rumah macam mana?


"Apa yang saya lihat BPN ini gagal dan tidak berbaloi untuk rakyat," katanya dalam forum maya bertajuk "PKP: Peniaga Tutup Kedai, Rakyat Hilang Kerja, Menteri...???", malam tadi.


Ifwat juga mengkritik polisi moratorium pinjaman bank yang pada PKP 1.0 diberi secara automatik namun sekarang perlu diminta terlebih dahulu kepada pihak bank.


Katanya, sudah tentu bank swasta tidak mahu melaksanakan polisi tersebut kerana kewangan mereka juga akan terkesan.


"Masa 1.0 banyak bank bekerjasama dengan kerajaan. Tetapi itu yang pinjam dengan bank. Bagaimana mereka yang pinjam wang dari institusi kewangan lain.


"Namun untuk PKP 2.0 ada setengah bank agak sukar beri moratorium kerana mereka juga menjalankan perniagaan dan akan beri kesan kepada aliran kewangan hingga mungkin terpaksa pula kurangkan pekerja," katanya.


Oleh itu, Ifwat meminta kerajaan PN meluluskan bantuan yang lebih besar kepada rakyat bagi mengurangkan beban yang terpaksa ditanggung dalam PKP 2.0 yang kelihatannya tidak ada tanda-tanda akan dihentikan dalam masa terdekat.




0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page