top of page

‘Bantuan persekolahan beri manfaat 56 ribu pelajar Batu Pahat’ - Onn



Oleh: Abdullah Zaid


Kira-kira 56 ribu pelajar di daerah Batu Pahat menerima manfaat bantuan persekolahan berjumlah RM 8.5 juta bagi menjelang sesi baharu pada 12 Mac ini.


Sehubungan itu, Parlimen Batu Pahat Onn Abu Bakar merakamkan penghargaan dalam ucapannya di Dewan Rakyat semalam.


Jelasnya, peruntukan sebanyak RM 788 juta oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) membuktikan bahawa kerajaan mengambil berat dalam hal kebajikan rakyat.


"Bantuan persekolahan ini telah diagihkan kepada semua murid tahun satu hingga tingkatan enam di seluruh negara


"Tidak kira kaum, agama hatta negara pembangkang sekalipun menerima manfaat ini," katanya.


Dalam pada itu, Onn turut menyeru kerajaan menyelesaikan pertindihan fungsi di Sekolah Kebangsaan Banang Jaya, Sekolah Menengah Banang Jaya dan Sekolah Menengah Sains Batu Pahat bagi tujuan penyelenggaraan.


Hal itu katanya, walaupun sekolah terbabit telah siap sejak 20 tahun lalu namun pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) masih tidak dapat membuat penambahbaikan ekoran ianya belum diserahkan secara rasmi.


"Kelewatan ini menimbulkan kebimbangan orang ramai kerana bangunan itu tidak sesuai untuk diduduki, oleh itu saya menyeru agar kerajaan mencari jalan secepat mungkin bagi menyelesaikan masalah ini," ujarnya.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page