top of page

Bantuan Peranti Siswa Keluarga Malaysia jangan ulangi kelemahan bantuan laptop PdPR



Pengumuman Belanjawan 2022 mengenai pelbagai bantuan cukup seronok didengar namun pelaksanannya belum tentu dilakukan dengan berkesan.


Bagi Ahli Parlimen Hulu Selangor, June Leow Hsiad Hui, pengumuman inisiatif Peranti Siswa Keluarga Malaysia sesuatu yang terpuji tetapi harus diperkemaskan agar tidak mengulangi kelemahan bantuan 150,000 laptop untuk pelajar sekolah rendah mengikuti sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) yang diumumkan pada Belanjawan 2021 lalu.


"Saya menyentuh mengenai inisiatif Peranti Siswa Keluarga Malaysia. Saya menegur pihak kerajaan agar bantuan ini tidak menjadi seperti agihan peranti murid sekolah pada tahun ini.


"Pelaksanaannya tidak menyeluruh dan tidak mencapai kepada semua golongan sasar. Saya juga minta pihak kerajaan mempertimbangkan semula keputusan pemberian peranti tablet tersebut kerana dilihat keperluan komputer riba adalah lebih bersesuaian untuk mahasiswa dan mahasiswi kita.


"Mengenai pinjaman pelajaran MARA, terdapat suara-suara kecewa anak-anak muda terutamanya di kalangan anak-anak bumiputera yang berharap pihak kerajaan dapat memberikan mereka diskaun bayaran balik pinjaman seperti yang kerajaan umumkan, berita gembira untuk para peminjam PTPTN," katanya dalam sesi perbahasan Perbekalan 2022 kelmarin, di Dewan Rakyat.


Dalam isu pendidikan, June turut bertanya mengenai peruntukan pembinaan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina/Tamil, terutama SJKT Ladang Minyak Serendah dalam kawasan Parlimennya yang berjumlah RM 6.43 juta, adakah masih wujud setelah 10 tahun tergendala akibat masalah pemilikan tanah.


Mengenai isu kesihatan pula, beliau mohon pencerahan sama ada permohonan pembinaan Klinik Kesihatan Bukit Sentosa dan permohonan menaiktaraf pusat hemodialisis, serta pembinaan bangunan baru bahagian kecemasan dan trauma, Hospital Kuala Kubu Bharu akan dilaksanakan pada tahun 2022.


June juga meminta kerajaan mengembalikan bantuan khairat kematian yang diteruskan oleh kerajaan Pakatan Harapan untuk golongan B40.


"Saya minta kerajaan mengembalikan semula skim khairat kematian seperti yang pernah diteruskan kerajaan Pakatan Harapan, iaitu Skim Khairat Kematian Bantuan Sara Hidup (BSH). Skim ini memberikan khairat kematian berjumlah RM 1 ribu kepada penerima manfaat di bawah B40 dan memberi impak besar kepada masyarakat," katanya.


Pengangkutan luar bandar yang polisiya sejak sedekad lalu tidak diperbaiki disentuh dalam perbahasan. Ahli Parlimen Hulu Selangor itu berkata, pengangkutan bas henti-henti amat perlu di luar bandar namun peruntukannya dalam Belanjawan 2022 hanya diumumkan Menteri Kewangan tetapi tidak terdapat dalam buku Belanjwan.


"Saya menyoal ketelusan kerajaan kerana semasa sesi pembentangan, Menteri Kewangan umumkan peruntukan berjumlah RM 80 juta bagi Dana Bantuan Sementara Bas Henti-Henti tetapi apabila diteliti buku anggaran perbelanjaan 2022, tiada peruntukan di khususkan buat inisiatif ini.


"Program Transformasi Perkhidmatan Bas Henti-Henti dan butiran bagi penyelenggaraan KTMB juga dikosongkan yakni tiada sebarang peruntukan bagi tahun 2022. Apa maksud yang dibawa oleh kerajaan bagi bajet kali ini? Atau hanya sekadar ingin menunjukkan bahawa bajet kali ini bersifat inklusif sedangkan realitinya tidak diketahui," katanya.


June mempersoalkan peruntukan kepada sektor yang tidak perlu seperti Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) dan Penggerak Komuniti Tempatan (PeKT) yang lebih kepada tujuan politik jelas pula disebut peruntukannya dalam buku Belanjawan walaupun tidak diperlukan oleh sebahagian besar rakyat.


"Seharusnya kerajaan (beralih kepada) mengoptimumkan program-program sedia ada seperti Komuniti Rukun Tetangga (KRT). Ini antara produk kerajaan yang berjaya dilaksanakan dan impaknya sampai ke pelusuk negara. Saya pohon, dengan semangat Keluarga Malaysia, kerajaan hentikanlah peruntukan-peruntukan yang bersifat menyebelahi sesetengah parti politik sahaja," katanya.


June juga meminta kerajaan mengangkat permohonan naiktaraf jalan FT01 dari Templer Park ke Tanjung Malim, FT1208, Persimpangan Kampung Koskan ke Sungai Buaya yang katanya, sering melibatkan kemalangan kenderaan berat.


Turut diminta naik taraf jalan FT3208, Missing Link dari Simpang FT01 Sungai Choh ke Bukit Beruntung, antara jalan raya yang kritikal dan perlu diberi perhatian oleh kerajaan kerana saban tahun, katanya, peningkatan kes kemalangan di sana.




0 comments

Commentaires


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page