Terdapat perbezaan yang jelas antara polisi Kerajaan Perpaduan dan kerajaan PN.
Hal itu ditegaskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam konsep bantuan yang diamalkan Kerajaan sekarang.
"Saya umumkan soal bantuan untuk sekolah daif dan klinik. Ada pula yang kata bagaimana untuk maahad tahfiz dan sekolah pondok yang daif. Tambahan RM150 juta saya umum sekarang, melalui JAKIM untuk sekolah tahfiz dan sekolah pondok berdaftar supaya sesuai dengan keperluan mereka.
"Kerajaan dulu putuskan untuk mulai tahun ini kalau mereka perintah, kadar elektrik naik, kemudian bawa kepada kabinet. Kita ubah, jangan naik. Rakyat B40, M40 tidak dinaikkan. Yang dinaikkan syarikat kaya yang untung besar.
"Kalau ikut kajian naik, naik pada orang atas.
"Nak pergi haji. B40 walaupun tahun lalu semasa kerajaan PN, kos haji B40 naik RM1,000. Tahun ini sepatutnya naik, saya rasa untuk B40 tak payah. Kerugian RM1000 itu ditanggung oleh Kementerian Kewangan. Tapi untuk T20, itu konsep pembangunan yang harus difahami, mereka perlu bayar penuh. Haji untuk orang yang mampu. M40 naik RM3,000. Itu cara kita melihat, yang tidak dilakukan sebelum ini.
Manakala bagi isu menegur atau mengkritik ulama pula, Anwar menolak tohmahan ustaz Pas yang menganggap membantah kenyataan ustaz Pas sama dengan menentang Islam.
Katanya, sekiranya ustaz Pas buat tuduhan melulu, menegurnya tidka boleh disamakan dengan menentang.
"Bila kita jawab kita ini menetang Islam. Bila jawab kita menentang ulama. Seorang ustaz atau kononnya tok guru buat kenyataan atau tuduhan palsu adakah itu menentang ulama? Kita jawab kerana itu kesilapan dia. Bukan menentang orang alim. Itulah naratif sehingga orang takut memberi teguran," katanya.
Selain itu, Presiden KEADILAN itu turut mengingatkan agar aktivis parti terus berkempen dan memberi kesedaran kepada pengundi secara berhikmah dan jangan melawan maki hamun anggota parti lawan.
Comments