top of page

Bantuan khusus buat golongan miskin bandar diteliti - Nurul Izzah



Golongan miskin bandar menjadi masalah yang semakin memprihatinkan sejak Kerajaan Perpaduan mengambil alih pentadbiran negara.


Bukan sahaja jumlahnya yang agak besar tetapi juga bantuan yang diberikan perlu diteliti dan ditambahbaik untuk mengatasi isu tersebut atau sekurang kurangnya mengecilkan jumlah kemiskinan, apatah lagi gelandangan.


Untuk tujuan itu ahli Jawatankuasa Penasihat Menteri Kewangan, Nurul Izzah Anwar turun ke Jalan Tunku Abdul Rahman semalam bagi melihat sendiri golongan berkenaan dan bantuan yang perlu diberikan kepada mereka.


"Saya tekankan di sini sebahagian tugas kami dalam jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Tan Sri Hassan Merican adalah untuk menyediakan dasar dan langkah ke hadapan supaya wujudnya jaringan keselamatan sosial yang mencukupi.


"Ramai daripada masyarakat kita tak cukup dana selepas bersara contohnya. Ini adalah sebahagian daripada kepentingan untuk kita ambil tahu," katanya kepada wartawan selepas melakukan lawatan ke kediaman golongan miskin bandar berhampiran Chow Kit.


Menurut Nurul Izzah lagi, kerajaan perlu peka dengan keperluan golongan berkenaan dan tidak boleh membenarkan isu tersebut terus berlanjutan sejak puluhan tahun lalu.


"Kita perlu peka dengan keperluan (miskin bandar). Lebih lagi mereka yang sukar mendapat tempat kediaman yang selesa.


"Apa kita lakukan bukan mudah tetapi sasaran Kerajaan Perpaduan 140,000 keluarga miskin dapat kita bantu. Kemiskinan itu bersifat pelbagai dimensi, pendapatan, akses kesihatan termasuk tubuh badan kalau golongan kurang upaya


"Kita semua pemegang taruh bersama sama berusaha untuk mencapai matlamat ini.


"Saya fikir dalam ruang lingkup kita, dia tak tengok siapa kita sebelumnya. Bila dia jadi (kemiskinan) maka jadi. Itulah penting adanya perlindungan jaringan sosial yang mencukupi. Apa bentuk bantuan yang boleh kalau kita ditimpa musibah," katanya lagi.






0 comments

댓글


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page