top of page

Bantuan khas pesawah, nelayan dibayar 10 April ini

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Apr 8, 2023
  • 1 min read


Bantuan khas RM200 yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada pesawah dan nelayan akan dibayar mulai 10 April ini.


Perkara itu dimaklumkan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) menerusi kenyataan pada Jumaat.


Dalam kenyataan tersebut MAFS berkata, seramai 240,000 pesawah dan 38,500 nelayan di seluruh negara akan menerima bantuan yang akan dibayar secara one-off menerusi agensi dan jabatan berkaitan.


Bayaran kepada pesawah akan disalurkan menerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) dan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA).


"Manakala, nelayan laut pula disalurkan menerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan nelayan darat menerusi Jabatan Perikanan Malaysia (DOF)," kata MAFS.


Selain itu, MAFS turut menjelaskan kriteria penerima membabitkan pesawah, nelayan laut dan nelayan darat mestilah warganegara Malaysia dan pesawah yang terlibat dalam aktiviti penanaman padi pada tahun 2022 dan berdaftar dengan agensi yang dilantik oleh kerajaan.


Kriteria lain termasuk nelayan laut dan nelayan darat yang aktif menjalankan aktiviti penangkapan ikan dan berdaftar dengan agensi yang dilantik oleh kerajaan.


Perdana Menteri ketika mengumumkan bantuan tersebut berkata ia susulan keprihatinan Kerajaan Perpaduan dalam memastikan nasib golongan itu sentiasa terpelihara dalam menghadapi cabaran kos sara hidup.


Bantuan khas RM200 diumumkan dalam inisiatif tambahan Belanjawan 2023 itu adalah tambahan kepada bantuan yang diumumkan sebelum ini.


Turut menerima bantuan serupa adalah golongan pekebun kecil getah.


Sementara itu MAFS dalam kenyataan tersebut berharap ia akan dapat membantu pesawah dan nelayan dalam membuat persediaan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page