top of page

Bantuan khas kerajaan kepada penjawat awam buktikan keperihatinan - Cuepacs



Keputusan Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim meneruskan pembayaran Bantuan Khas Kewangan (BKK) serta tambahan khas bayaran Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) telah membuktikan keprihatinan kerajaan pimpinannya terhadap penjawat awam.


Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Adnan Mat dalam satu kenyataan berkata, pihaknya berterima kasih kepada perdana menteri atas pengumuman bantuan khas kewangan RM700 kepada penjawat awam dan kenaikan gaji tahunan khas sebanyak RM100 kepada kakitangan awam Gred 56 dan ke bawah seperti yang diumumkan pada Selasa.


Langkah itu jelasnya menjadi pemangkin untuk penjawat awam terus memberi perkhidmatan terbaik untuk rakyat dan negara.


Namun dalam masa sama beliau berharap kerajaan juga diminta melihat kepada pelbagai lagi inisiatif kebajikan dan penambahbaikan skim perkhidmatan penjawat awam.


"Cuepacs baru sahaja selesai mengadakan konvensyen tritahunan pada 17 hingga 19 Disember lepas dan banyak resolusi berkaitan kebajikan dan penambahbaikan skim perkhidmatan penjawat awam telah dicapai sepanjang konvensyen diadakan.


"Isu utama yang dibangkitkan oleh perwakilan adalah mengenai sistem saraan perkhidmatan awam yang sudah ketinggalan dan tidak sesuai dengan persekitaran ekonomi semasa


"Para perwakilan juga berpendapat bahawa sudah tiba masanya untuk kerajaan menetapkan gaji minimum penjawat awam kepada RM1,800 sebulan berbanding RM1,200 sebulan ketika ini," katanya dalam kenyataan.


Sementara itu Adnan berkata Cuepacs telah mengutus surat rasmi kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengadakan perjumpaan membincangkan isu-is yang perlu diberi perhatian oleh kerajaan.


Beliau berharap pertemuan itu nanti dapat memberikan gambaran sebenar kepada kerajaan mengenai tuntutan yang dimohon oleh Cuepacs dan penjawat awam.


Selain BKK kepada 1.3 juta penjawat awam gred 56 ke bawah sebanyak RM700, Perdana Menteri turut mengumumkan satu juta pesara kerajaan turut akan menerima bantuan serua berjumlah RM350.KEPUTUSAN kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim meneruskan pembayaran Bantuan Khas Kewangan (BKK) serta tambahan khas bayaran Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) telah membuktikan keprihatinan kerajaan pimpinannya terhadap penjawat awam.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page