top of page

Bantuan khas Aidilfitri: Penjawat awam Selangor dapat sebulan gaji



Lebaran yang menjelang tiba bakal disambut dengan lebih meriah oleh kakitangan awam Selangor apabila Kerajaan Negeri hari ini mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebulan gaji atau minimum RM1,000 sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.


Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata Insentif Khas Kita Selangor Aidilfitri 2024 itu melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM45 juta akan disalur pada 8 April.


"Sebulan gaji atau minimum RM1,000 kepada semua penjawat awam negeri yang sedang berkhidmat di SUK (Setiausaha Kerajaan Negeri).


"Bantuan sama akan dilebarkan penjawat awam kerajaan Persekutuan yang berkhidmat bawah SUK," katanya pada Majlis Mahabbah Ramadan Madani di Shah Alam hari ini.


Amirudin berkata insentif elaun sebulan pula diberikan kepada pemimpin masyarakat lantikan negeri antaranya pengerusi dan setiausaha majlis pengurusan komuniti kampung.


Beliau menjelaskan bayaran tersebut turut diberikan kepada pegawai perhubungan perkampungan serta ketua komuniti India, penyelia Wanita Berdaya Selangor, Penggerak Belia Selangor dan ahli majlis.


Sementara itu, beliau mengumumkan penggerak masjid seperti nazir, imam, bilak dan siak serta guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) akan menerima bantuan RM500.


Terdahulu dalam ucapannya, Amirudin menyentuh berkenaan semangat madrasah Ramadan yang menuntut umat Islam untuk fokus dalam perjuangan.


"Kisah Perang Badar contohnya yang berlaku ketika Ramadan merupakan contoh di mana semangat juang yang berkobar kobar meskipun berpuasa mampu menjadi pemangkin kepada kemenangan menentang kebatilan.


"Saya juga singkap keadaan kita di zaman ‘Age of Distraction’ ini di mana media sosial menjadi medan yang mampu mengalih perhatian dan menggangu matlamat kita. Kita harus kekal fokus dan bersemangat untuk membawa kemakmuran serta kemajuan di Selangor," ujarnya.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page