top of page

Bantuan kepada mangsa banjir akan disegerakan - Anwar



Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjamin bantuan bagi mangsa banjir di Pantai Timur akan disegerakan.

Perkara tersebut dinyatakan beliau dalam pembentangan Rang Undang undang kumpulan wang disatukan, Perbelanjaan Masuk Akaun 2022, bacaan kali kedua pada sesi Dewan Rakyat sebelah pagi.


"Oleh kerana perkembangan mendesak semasa seperti banjir yang telah pun meragut nyawa di Pantai Timur dan juga beberapa keperluan segera maka ada pertimbangan untuk menyegerakan dan memberikan penambahan, tidak dari segi belanjawan kerana ini tertakluk pada bulan Mac, tetapi penyesuaian dari kelulusan yang ada supaya dapat diperkasakan NADMA dan peruntukan tambahan, khususnya di Terengganu dan di Kelantan," katanya.


Beliau juga memberi jaminan akan segera melawat mangsa serta kawasan terjejas banjir di Pantai Timur sebaik selesai sesi Parlimen.


"Saya bercadang untuk segera ke sana memantau dan membantu apa apa yang dirasakan mendesak," katanya lagi.


Banjir di Pantai Timur semakin memburuk dengan lebih 55,000 mangsa di Kelantan dan Terengganu dilapor telah dipindahkan ke pusat pemindahan pemindahan (PPS) setakat tengah malam tadi.


Situasi banjir di sana disifatkan agak buruk meskipun tidak seteruk seperti tahun 2014 lalu yang menyaksikan 150,000 mangsa dipindahkan.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page