top of page

Bantuan kawasan terjejas PKPD disegerakan, bebaskan aktivis dari tahanan - Christina Liew

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Apr 26, 2021
  • 2 min read

Bantuan dari Pejabat Parlimen Tawau kepada penduduk yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan diuruskan segera.


Ahli Parlimen Tawau, Datuk Christina Liew berkata, penduduk di Taman Sri Indah dan Kampung Titingan, yang baru-baru ini tular kerana beberapa orang aktivis menganjurkan demontrasi memberi tahu mengenai kekurangan keperluan harian, akan disediakan 'bantuan kilat' sepanjang dua minggu.


"Saya rasa amat sedih membayangkan ada keluarga yang tidak cukup makanan untuk berbuka puasa. Pusat Khidmat Parlimen Tawau sedang bertungkus lumus menyediakan bantuan kilat kepada keluarga yang memerlukan dan akan diagihkan secara bersasar dan berperingkat dalam masa dua minggu ini.


"Saya juga menggesa pihak Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dapat mempercepatkan bantuan kepada penduduk yang terjejas dengan PKPD di Daerah Tawau, terutamanya di Taman Sri Indah dan Kampung Titingan. Saya dapat merasakan kesusahan yang dialami oleh penduduk terutamanya golongan B40 yang terjejas pendapatan mereka," kata Christina dalam satu kenyataan.


ADUN Api-Api itu turut menyarankan agar Kerajaan Persekutuan menimbangkan pembukaan sektor ekonomi terhad untuk mengurangkan beban dan tekanan ekonomi akibat PKPD kepada penduduk Tawau yang tidak mempunyai pendapatan tetap.


"Jualan di kawasan perumahan dan di kampung-kampung perlu dilonggarkan mengikut SOP yang ditetapkan.


"Selain menambah pendapatan dan membantu peniaga-peniaga kecil, warga Tawau dapat juga menikmati makanan untuk berbuka puasa seperti daerah lain di Sabah.


"Saya turut meminta agar Jabatan Agama mempertimbangkan bilangan jemaah untuk solat berjemaah dan tarawih di masjid dan surau ditambah berdasarkan SOP yang diperketatkan. Saya yakin umat Islam ingin menumpukan ibadah di masjid terutama pada 10 hari terakhir Ramadan ini," katanya.


Beliau juga menggesa pihak keselamatan untuk segera membebaskan beberapa aktivis yang ditahan kerana mengadakan tunjuk perasaan akibat terkesan dengan PKPD.


"Saya mengharapkan aktivis saudara Mukmin Nantang dan rakan-rakannya yang dikenakan tahanan reman atas perjuangan mereka membela penduduk yang terkesan akibat tekanan ekonomi dan PKPD diberikan keadilan sewajarnya sesuai dengan hak kebebasan bersuara.


"Kerajaan GRS dan PN perlu mendengar dan merasai denyut nadi rakyat yang kesusahan bukan menafikan hak mereka untuk bersuara," katanya lagi.


Semalam, Tujuh individu direman dua hari bagi membantu siasatan berhubung insiden tunjuk perasaan memprotes arahan lanjutan PKPD di Kampung Muhibbah Raya, Tawau.


Mereka ditahan bagi membantu siasatan mengikut tiga pertuduhan di bawah Seksyen 188 Kanun Keseksaan, Seksyen 25 Ordinan Darurat 2021 dan Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page