Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar mendedahkan bahawa bantuan dana untuk golongan kanak-kanak dan warga emas kebanyakannya tidak sampai kepada mereka.
Beliau berkata, berdasarkan kajian daripada Khazanah Research Institute, bantuan untuk kanak-kanak tidak sampai satu peratus dari seluruh isi rumah manakala bantuan warga emas hanya empat peratus.
"Paras garis kemiskinan pada 2020 pun gunapakai RM980, tak guna yang terkini RM2,208 jadi ahli Parlimen nak beri dana pun tak boleh.
"Saya rasa perlu ada penyelarasan daripada kementerian, saya minta pandangan dan jawapan jelas, kalau tidak, ramai yang layak terima bantuan," katanya ketika sesi penggulungan menteri di Dewan Rakyat hari ini.
Katanya, dengan bantuan warga emas bagi 60 tahun ke atas hanya sekitar empat peratus, kerajaan perlu mewujudkan integrasi data.
"Saya harap menteri dapat ambil kira, ini khas kebajikan, peruntukan kepada kementerian," katanya.
Katanya lagi, dalam kajian di Permatang Pauh, julat gaji juga berbeza antara ketua isi rumah wanita yang menerima RM1,452 berbanding lelaki yang menerima RM2,132, hasil dapatan 332 isi rumah.
Comments