Bantuan i-Belia kerajaan Terengganu gula gula pilihan raya?



Bantuan i-Belia yang dibuka kepada belia Terengganu oleh kerajaan Pas dikhuatiri merupakan gula gula pilihan raya.


Hal itu dibangkitkan oleh Cabang KEADILAN Kemaman kerana tarikh permohonan bantuan yang amat hampir dengan Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15.


"KEADILAN Kemaman mempersoalkan motif Kerajaan Terengganu membuka bantuan kepada belia pada saat tarikh PRU 15 sudah semakin hampir.


"Isu ini telah dibangkitkan oleh salah seorang pengguna media sosial Facebook melalui posting di laman sosial komuniti tempatan penduduk bandar Chukai, Kemaman.


"Dalam posting tersebut timbul persoalan kenapa ketika waktu pilihan raya makin hampir bantuan ini baru dibuka permohonannya. Kenapa tidak dibuka lebih awal sedangkan bantuan tersebut boleh disalurkan lebih awal," kata kenyataan Biro Komunikasi dan Penerangan Cabang Kemaman.


Menurut kenyataan itu lagi, bantuan seperti itu boleh sahaja diberikan selepas belanjawan negeri Terengganu diluluskan atau diberikan pada tahun hadapan selepas belanjawan baharu.


"Adakah ini satu bentuk politik wang yang diamalkan oleh Kerajaan Negeri yang dipimpin oleh Pas? Adakah Pas yang sebelum ini berapi-api menentang politik wang sudah berpaling arah mengambil budaya politik wang untuk mengekalkan sokongan?


"KEADILAN Kemaman dengan tegas menolak sebarang amalan dan perbuatan yang menjurus kepada rasuah termasuk budaya politik wang," kata kenyataan itu lagi.


Tegas kenyataan itu, KEADILAN Kemaman konsisten menentang segala bentuk penyalahgunaan kuasa dan rasuah dan akan terus bersama dengan masyarakat untuk menghapuskan budaya rasuah dalam kalangan masyarakat Malaysia



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER