top of page

Bantuan bina rumah B40: Sarawak perlu selesai isu geran tanah



Bantuan untuk golongan B40 membina rumah di atas tanah sendiri bernilai RM60,000 yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim amat dialu alukan oleh kalangan golongan miskin yang memerlukan.


Bagi Senator Abun Sui Anyit, bantuan tersebut amat dinanti natikan oleh kalangan masyarakat Sarawak luar bandar yang masih banyak tidak mempunyai kediaman sendiri.


Bagaimanapun, katanya, kebanyakan golongan miskin di Sarawak ketika ini menetap di rumah panjang dan kawasan pedalaman yang tidak mempunyai geran tanah


Oleh itu, beliau menyarankan agar Kerajaan Negeri menyediakan penyelesaian untuk isu berkenaan.


"Memandangkan tanah adalah dalam bidang kuasa Kerajaan Negeri, ini memerlukan kerjasama penuh Kerajaan Sarawak.


"Pada kebiasaan di Sarawak, rumah panjang dan kampung di pedalaman tidak ada geran tanah.


"Justeru, Kerajaan Sarawak dan Kerajaan Persekutuan wajar melaksanakan satu kaedah untuk membolehkan penduduk rumah panjang dan kampung di pedalaman yang tiada geran tanah supaya tiada halangan untuk mereka mendapatkan kemudahan bantuan ini," katanya dalam kenyataan hari ini.


Menurut Ketua Cabang KEADILAN Hulu Rajang itu, ada pelbagai cara untuk membantu golongan yang tidak mempunyai geran tersebut.


Sama ada Kerajaan Negeri mengurniakan tapak kediaman bergeran atau pun jaminan kerajaan bagi kawasan tanah adat di pedalaman.


"Contohnya (dalam hal ini) Kerajaan Sarawak memberikan jaminan terhadap pemilikan tanah di pedalaman, agar syarat ada geran tanah sendiri itu tidak menjadi kekangan rakyat pedalaman dalam menikmati bantuan bina rumah berkenaan," kata Abun Sui lagi.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page