Kerajaan Negeri telah menyerahkan bantuan banjir bernilai RM1,000 kepada lebih 11,000 keluarga dengan nilai bantuan RM11.531 juta.
Menurut Menteri Besar (MB) Selangor, Datuk Seri Amiriddin Shari, bantuan tersebut juga meliputi beberapa mangsa banjir yang terkorban dan mendapat RM10,000 dengan 5 serahan telah dibuat.
"Setakat 5 Januari 2022, sebanyak 11,481 keluarga telah menerima Bantuan Selangor Bangkit (BSB) melibatkan peruntukan RM11.531 juta," kata beliau.
Kerajaan Negeri juga, katanya, telah merekodkan pungutan sisa sampah banjir sebanyak 44,847.95 tan metrik dari 8 Pihak Berkuasa Tempatan.
Selain itu, menurut beliau, Kerajaan Negeri turut mengecualikan bayaran bil air kepada rakyat Selangor di kawasan terjejas banjir selama sebulan secara automaik bagi memudahkan urusan membersihkan rumah.
Manakala, mangsa banjir yang kehilangan rumah akan dibina semula dengan bantuan Lembaga Zakat Selangor.
"Lembaga Zakat Selangor menampung kos pembinaan semula 32 rumah di Hulu Langat yang hanyut dan hancur akibat banjir bulan lalu," katanya lagi.
Comments