top of page

Bantuan Awal Persekolahan Diberi Awal Januari Depan - Fadhlina



Oleh: Noraini Nordin


Kerajaan Perpaduan tetap mengutamakan pendidikan.


Biarpun dalam pembentangan Belanjawan 2024 pada Jumaat lalu tidak menyebut Bantuan Awal Persekolahan (BAP) dalam butir peruntukan namun tidak bermakna bantuan itu dihentikan.


Kebimbangan ibu bapa sebelum ini yang menjadikan BAP sebagai tajuk kritikan di media sosial tidak perlu memperpanjangkannya kerana bantuan tersebut telah disediakan peruntukannya.


Bantuan dikredit ke akaun penerima


Dalam satu pertemuan dengan Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek bersama penulis tengahari tadi, beliau memaklumkan bahawa ibu bapa tidak perlu bimbang kerana BAP akan disalurkan pada awal Januari depan.


"Ibu bapa tidak perlu bimbang kerana Kementerian Pendidikan tetap menyediakan BAP kepada murid-murid sekolah sebagaimana biasa.


"Ini komitmen dari Kerajaan Madani," katanya.


Jelas beliau, bantuan itu akan diagihkan kepada setiap murid secara tunai atau dikreditkan ke akaun masing-masing bermula Januari 2024.


Dimaklumkan juga bahawa Belanjawan 2024 telah memperuntukkan RM788,130,000 khusus untuk BAP dan setiap murid akan menerima RM150 secara sekali bayar.


Bagi tahun 2024, bantuan itu akan memberi manfaat kepada seramai 5,254,200 orang murid di seluruh negara.


BAP dengan jumlah lebih RM788 juta bagi tahun 2024 ini adalah lebih tinggi berbanding tahun lepas iaitu sebanyak RM450 juta.


Peruntukan RMT dinaikkan


Selain itu, peruntukan bagi Rancangan Makanan Tambahan (RMT) turut dinaikkan kepada RM784 juta bagi tahun 2024 berbanding RM625 juta tahun lalu.


Elaun murid berkeperluan khas pula diperuntukkan sebanyak RM199 juta bagi tahun depan berbanding RM181 juta tahun sebelumnya.


Belanjawan 2024 baru-baru ini memperuntukkan sebanyak RM58.7 bilion kepada Kementerian Pendidikan, sekali gus mengekalkan bidang pendidikan sebagai komponen utama yang menerima peruntukan tertinggi daripada perbelanjaan kerajaan.


Semua angka-angka di atas adalah petunjuk jelas yang memperlihatkan kerajaan tidak pernah mengabaikan, malah sentiasa mengutamakan keperluan di bidang pendidikan dalam perbelanjaannya.


_________________________________________________________________________________

Penulis merupakan Pengarah Komunikasi Wanita KEADILAN Pusat merangkap Pemangku Ketua Penerangan KEADILAN Pusat.

0 comments

Recent Posts

See All

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page