top of page

Bantuan Awal Persekolahan 2024 beri manfaat 4.68 juta murid



Oleh: Abdullah Zaid


Seramai 4.68 juta murid membabitkan 11,860 sekolah di seluruh negara mendapat manfaat Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 2024.


Sehubungan itu, Komuniti Pendidik Madani menggesa ibu bapa, guru dan masyarakat awam yang menerima manfaat BAP 2024 untuk terus mendukung aspirasi dan inisiatif murni dari Kerajaan Madani.


"Bantuan Awal Persekolahan 2024 telahpun mula diagihkan sejak 11 Januari hingga 10 mac 2024 mengikut sidang kemasukan tahun 1.


"Bantuan ini melibatkan sejumlah peruntukan lebih RM 700 Juta berbanding 450 juta tahun lalu. Ini merupakan peruntukan terbesar yang memanfaatkan setiap murid dan ibu bapa untuk menghantar anak mereka ke sekolah," katanya dalam satu kenyataan.


Menurut kenyataan itu lagi, masyarakat diseru untuk menggunakan hashtag #KerajaanMadaniBantuRakyat dan #TerimaKasihPMbagi tujuan mempromosi sekolah-sekolah yang terlibat membuat agihan BAP.


"Pihak Komuniti Pendidik Madani juga akan mengkompilasikan sekolah-sekolah yang telah membuat catatan apresiasi kepada Perdana Menteri dan akan diserahkan kepada pejabat menteri bagi tujuan dokumentasi.


"Tahniah pasukan Kerajaan Madani yang terus giat bekerja untuk kebaikan dan masa depan pendidikan negara yang lebih baik," ujarnya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page