top of page

Bantu usahawan muda, KKD bakal tambah baik PEDi

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Dec 10, 2023
  • 1 min read


Kerajaan bakal menambah baik Pusat Ekonomi Digital (PEDi) untuk meningkatkan penyertaan usahawan muda dalam sektor ekonomi digital.


Menteri Komunikasi dan Digital (KKD), Ahmad Fahmi Fadzil berkata, PEDi merupakan pemangkin kepada ekonomi digital di peringkat akar umbi dan sebuah platform untuk menggalakkan masyarakat menjana pendapatan di lokasi setempat.


"Kita nak lebih ramai anak muda terutama yang lelaki, sebab kita lihat usahawan ramai dalam kalangan wanita.


"Lebih daripada itu, hasrat saya ialah menunjukkan bahawa untuk terlibat dalam ekonomi digital, kita tidak perlu meninggalkan kampung halaman, kerana di mana sahaja kita berada kita boleh mendapat manfaat dan pendapatan yang baik," katanya dipetik Bernama.


Beliau ditemui di Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu.


PEDi ialah inisiatif KKD melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) serta penyedia perkhidmatan telekomunikasi, yang memberi peluang kepada komuniti setempat memperkasa kemahiran digital dan menjana pendapatan melalui platform e-Dagang.


Kerajaan menurut Fahmi menyasarkan 10,000 usahawan ekonomi digital di seluruh negara melalui inisiatif PEDi pada tahun depan.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page