top of page

Bantu Najib dapat pahala: Pas amal politik Machiavelli demi mendapatkan kuasa

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
1 day ago
1 min read

Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Abdul Samad (gambar), menyifatkan Pas mengamalkan politik Machiavelli yang menghalalkan apa sahaja cara demi mencapai matlamat.


Jelasnya, kesediaan Pas membantu ‘menyelamatkan’ Datuk Seri Najib Razak khususnya menerusi usaha pembayaran RM50 juta bagi memenuhi syarat pengampunan mencerminkan parti itu menggadaikan prinsip perjuangan demi kuasa.


Bekas Ahli Parlimen itu turut mempersoalkan kenyataan yang menganggap usaha membantu bekas Perdana Menteri itu membayar denda berkenaan sebagai amalan berpahala, sedangkan tanggungjawab tersebut sepatutnya dipikul oleh Najib sendiri.


"Dia buat ijtihad sendiri. Dia kata kalau kita berusaha membantu Najib memenuhi syarat pengampunan, maka usaha itu mendapat pahala.


"Sedangkan Najib sendiri yang perlu membayar wang itu. Kenapa perlu bersusah payah membantu seseorang yang melakukan kesalahan untuk menunaikan tanggungjawabnya sendiri? Kemudian, usaha membantu itu pula dikatakan mendapat pahala.


"Ini satu perkara yang tidak masuk akal dan menggambarkan Pas sudah hilang hala tuju serta perlu kembali ke pangkal jalan," katanya dipetik.


Beliau turut menyatakan keyakinan bahawa pendekatan mengorbankan prinsip demi mendapatkan kuasa diamalkan Pas ketika ini tidak akan diterima pemimpin terdahulu Pas seperti Allahyarham Tan Sri Yusof Rawa, Allahyarham Datuk Ustaz Fadzil Mohd Noor dan Allahyarham Tan Sri Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Inilah yang dikatakan Machiavelli, politik Machiavelli. Semua adalah untuk nak dapatkan kuasa. Semua halal. Matlamat menghalalkan cara. Inilah Machiavelli," katanya.


Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz baru-baru ini dikritik susulan kenyataan membantu Najib membayar RM50 juta bagi memenuhi syarat pengampunan sebagai tindakan bertepatan dengan syarak dan boleh mendapat pahala.


Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page