top of page

Bantu miskin tegar tanggungjawab semua, kerajaan, institusi zakat

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Feb 17, 2024
  • 2 min read


Kecaman Ketua Penerangan Bersatu, Razali Idris, kononnya tekad politik Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menghapus kemiskinan tegar kononnya telah gagal kerana PM mengharapkan pula institusi zakat menanganinya dibidas Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia.


Bagi Nabil Halimi, dasar Kerajaan Madani menghapuskan miskin tegar dan zakat untuk membantu golongan tersebut perlu berjalan seriring, bukannya dipertikaikan.

"Maqasid atau tujuan pensyariatan zakat adalah usaha membantu orang miskin dan Dhuafa' .


"Oleh sebab itu PMX menegaskan tatakelola pengagihan zakat harus diberi keutamaan agar pengagihan dapat dilaksanakan secara adil dan mencapai golongan sasaran. Boleh lihat contoh bagaimana tatakelola baik dilakukan oleh Khalifah Bani Umayyah Umar Abdul Aziz memanfaatkam zakat dalam memastikan negara kurang kemiskinan berbeza berbanding tatakelola buruk dilakukan Umayyah pemerintah sebelumnya.


"Dr Yusuf Al-Qharadawi dalam fiqh zakat memberitahu duit zakat boleh digunakan oleh pemerintah dalam program pembasmian kemiskinan seperti menciptakan peluang pekerjaan buat penerima zakat agar mereka boleh mengubah taraf hidup mereka," kata Nabil dalam satu kenyataan.


Menurut beliau, Razali yang mempersoalkan ucapan PM dalam persidangan antarabangsa zakat Pulau Pinang semalam janganlah berbicara di luar konteks sehingga mendakwa PM kini mengharapkan pula institusi zakat menyambung kempen membasmi miskin tegar.


Sedangkan, katanya, ucapan PM lebih kepada tata kelola yang baik dalam institusi zakat bagi tujuan pembasmian kemiskinan.


"Seruan tatakelola yang baik dalam institusi zakat tidak melupakan usaha kerajaan yang lain dalam menoktahkan kemiskinan seperti projek IPR yang telah ditambah peruntukan bagi bajet 2024.


"Menoktahkan kemiskinan adalah gagasan dan iltizam yang menjadi panduan kerajaan dalam melaksanakan pelbagai bentuk polisi.


"Usaha menoktahkan kemiskinan tidak pernah hilang apabila Perdana Menteri menyatakan perkembangan terkini pembasmian miskin tegar di Kuala Lumpur, Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor sudah mencapai status 100 peratus," katanya.


Tegas Nabil, jangan disebabkan perbezaan parti politik, berbeza pandangan maka umat Islam jadi bebal dan mempolitikkan semua perkara.


"Ini yang selalu disebut sebagai pemimpin ‘tin kosong’" sinisnya lagi.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page