top of page

Bantu daftar PADU untuk elak tercicir program bantuan, subsidi kerajaan



Rakyat Malaysia diseru untuk melakukan khidmat sosial bagi mendaftarkan rakan rakan atau ahli keluarga yang masih belum mendaftar dalam sistem Pangkalan Data Utama (PADU) negara.


Hal itu dinyatakan oleh Menteri Ekonomi Rafizi Ramli dalam satu siaran media.

Katanya, kementerian beliau telah mengeluarkan senarai lokaliti atau kawasan yang masih ramai belum mendaftar PADU.


Kegagalan mendaftar sebelum 31 Mac ini, katanya, boleh menyebabkan golongan di kawasan berkenaan tidak akan mendapat bantuan daripada kerajaan berupa subsidi bersasar (petrol, minyak masak dll), bantuan tunai dan sebagainya.


"Jika anda penduduk di kawasan ini atau ada saudara mara di kawasan ini, bantulah kami membantu anda, dan keluarga anda.


"Daftar dan kemaskini data anda di PADU sebelum 31 Mac 2024 untuk mengelakkan risiko kecicikan berterusan," katanya.


Bagi golongan yang tidak pernah mendapat bantuan kerajaan kerana berada dalam kategori M40, kata Rafizi, dengan mendaftar PADU sekurang kurangnya mereka boleh mengekalkan untuk mendapat subsidi tertentu yang diberi secara pukal pada waktu ini atau mendapat lebih banyak bantuan apabila jumlah pendapatan isi rumah dihitungkan dengan tanggungan dan kos hidup semasa.


"Anda mungkin tidak mendapat bantuan kerajaan sebelum ini.


"Kini walau peluang itu telah dibuka, oleh kerana data anda tidak dikemaskini, anda mungkin tercicir


"Bantu kami untuk sampaikan bantuan untuk mereka yang layak," katanya lagi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page