top of page

Bantahan Awal diterima, DUN Bukit Batu kekal milik KEADILAN



Petisyen Pilihan Raya bagi DUN Bukit Batu yang difailkan oleh calon Barisan Nasional, Suppayah A/L Solaimuthu ke atas calon KEADILAN, Chiong Sen Sern diputuskan dalam sesi Bantahan Awal (Preliminary Objection), Mahkamah Pilihan Raya hari ini.


Menurut salah seorang peguam yang mewakili calon KEADILAN, Manivanan Gowin (gambar, tengah), kemenangan Chiong Sen Sern dalam Pilihan Raya Negeri Johor pada 12 Mac lalu yang mendapat sejumlah 9,439 undi telah dibantah oleh Suppayah yang mendapat 9,302 undi, dalam petisyennya yang difailkan pada 5 April 2022.


"Sehubungan itu barisan peguam yang mewakili Chiong Sen Sern telah mengemukakan bantahan-bantahan awal terhadap Petisyen Pilihan Raya tersebut atas alasan ketidakpatuhan yang serius terhadap undang-undang berkenaan dengan Petisyen Pilihan Raya.


"Bantahan-bantahan awal itu telah dihujahkan pada 30 Mei 2022 di hadapan Yang Arif Tuan Azizul Azmi Adnan.


"Justeru pada hari ini, Mahkamah Pilihan Raya telah memutuskan untuk menerima bantahan-bantahan awal yang dikemukakan barisan peguam Chiong Sen Sern dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), dan seterusnya membatalkan Petisyen Pilihan Raya tersebut," kata Manivanan dari Biro Guaman Jabatan Pilihan Raya KEADILAN.


Dengan keputusan berkenaan, katanya, kerusi DUN Bukit Batu kekal milik KEADILAN dan Mahkamah Pilihan Raya seterusnya memerintahkan supaya Pempetisyen membayar kos sebanyak RM 30,000 kepada Responden Pertama, Chiong Sen Sern dan RM30,000 kepada Responden Ke-2 dan Ke-3 (SPR).


Selain Manivanan, Chiong Sen Sern diwakili oleh barisan peguam Adi Zulkarnian Zulkafli, Lau Yi Leong, Adly Zulfadhly Zulkefly dan Tan Wye Nye.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page