top of page

Bantahan antarabangsa digerakkan jika konvoi ke Gaza dipintas - PM

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Oct 1
  • 1 min read

DS Anwar dalam sidang media selepas melawat Sumud Nusantara Command Centre (SNCC) di Sepang
DS Anwar dalam sidang media selepas melawat Sumud Nusantara Command Centre (SNCC) di Sepang

Malaysia akan menggerakkan bantahan tegas di peringkat antarabangsa sekiranya misi Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza diganggu.


Komitmen itu dinyatakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi satu sidang media ketika melawat Sumud Nusantara Command Centre (SNCC) di Sepang semalam.

"Sekiranya misi GSF ke Gaza diganggu, Malaysia akan menggerakkan bantahan peringkat antarabangsa dengan sokongan meluas negara di Eropah, Asia Barat serta kuasa besar dunia.


"Usaha diplomasi ini akan membabitkan Itali, Sepanyol, Turki, China, Perancis dan Arab Saudi yang sebelum ini telah menyatakan kesediaan untuk mengusulkan perdamaian," katanya dipetik.


Pada lawatan itu, perdana menteri diberi taklimat mengenai operasi di SNCC. Beliau kemudian berinteraksi dan memberi kata-kata perangsang menerusi panggilan video kepada 34 warga Malaysia yang berada dalam misi tersebut.

DS Anwar berkomunikasi dengan konvoi Sumud Nusantara yang memasuki zon merah ke Gaza
DS Anwar berkomunikasi dengan konvoi Sumud Nusantara yang memasuki zon merah ke Gaza

Misi GSF membawa bantuan makanan, ubat-ubatan dan mesej keamanan bagi menuntut pembukaan koridor kemanusiaan ke Gaza. Konvoi 45 buah kapal dijangka memasuki zon merah dalam tempoh kurang 24 jam.


Sementara itu Anwar memberi jaminan kepada peserta misi bahawa kerajaan akan memastikan kebajikan sukareawan GSF serta keluarga sentiasa menjadi keutamaan pihaknya.


Beliau turut menegaskan pertemuan dengan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, ketika Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Kuala Lumpur bulan depan bakal menjadi pentas untuk Malaysia dan ASEAN menuntut penyelesaian isu Palestin yang lebih berkesan.


"Walaupun mungkin tidak sepenuhnya memuaskan, yang paling utama sekarang ialah hentikan serangan ke atas Gaza, jamin kemerdekaan Palestin sebagai negara berdaulat, serta percepatkan bantuan kemanusiaan dan perubatan," katanya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page