Bank untung besar, belum masa kenakan semula RM1 caj ATM



Cadangan pihak perbankan untuk mengenakan semula caj RM1 bagi transaksi antara bank di mesin juruwang automatik (ATM) bermula 1 Februari 2022 ditentang kebanyakan rakyat memandangkan suasana ekonomi yang masih lembab dan sebahagian besar mereka masih dalam kesukaran.


Menurut Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, tidak sewajarnya bank mengembalikan caj berkenaan ketika mana bank bank tiada satu pun yang mencatatkan kerugian sepanjang pandemik Covid 19 sehaj 2 tahun lalu.


Malah sebagai contoh, katanya, Maybank melaporkan keuntungan bersih bagi suku kedua 2021 berjumlah RM1.96 bilion, hampir RM1 bilion lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya. CIMB pula meningkat RM1.835 bilion keuntungan bersihnya ke RM2.62 bilion (2Q2021) berbanding RM785 juta (2Q2020).


"Ini bermaksud kebanyakan bank komersial menyaksikan keuntungan sihat tahun ini.


"Kita juga sedar bahawa bank-bank sering kali meletakkan pelbagai caj ke atas hampir semua transaksi yang lain.


"Saya berpandangan terdapat cara-cara bagi memastikan pihak bank masih dapat menampung kos dalam hal transaksi ATM yang dimaksudkan, yang juga sudah pasti dalam pengetahuan Menteri Kewangan yang dahulunya seorang pegawai atasan bank komersial," kata Saifuddin dalam kenyataannya.


Pada sisi lain, kata Saifuddin lagi, situasi bagi rakyat jauh berbeza. Pada 3 November lalu, kerajaan mengumumkan 600,000 isi rumah daripada kumpulan berpendapatan sederhana (M40) telah jatuh ke dalam kumpulan berpendapatan rendah (B40) akibat pandemik Covid-19.


"Setakat Oktober 2021, dianggarkan 13.9 peratus anak muda antara 15-24 tahun menganggur, manakala secara amnya terdapat 705,000 orang yang sedang menganggur.


"Dikira bersama peningkatan harga barang yang mendadak dan belum lagi dapat dikawal, jelas rakyat sekarang berada dalam keadaan sangat tertekan.


"Oleh itu, saya menggesa kerajaan dan khususnya Menteri Kewangan untuk segera masuk campur dan mengarahkan bank-bank membatalkan rancangan bayaran RM1 bagi transaksi ATM ini," katanya.


Saifuddin juga berkata, kebanyakan Ahli-Ahli Parlimen terutama di kawasan luar bandar dan pedalaman yang berbahas di Parlimen menentang kenaan bayaran RM1 yang dianggap menekan para pengundi mereka.


"Saya dan pimpinan KEADILAN akan terus meneliti perkembangan isu ini, dan kami bersedia mengadakan pertemuan dengan pihak Kerajaan mahupun wakil bank-bank berkenaan demi menyampaikan suara rakyat," katanya lagi.







0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER