top of page

Bank Negara perlu perangi sindiket penipuan wang dalam talian



Bank Negara Malaysia (BNM) perlu memperhebat usaha memerangi sindiket penipuan wang dalam talian.


Timbalan Menteri Kewangan II, Steven Sim Chee Keong (gambar, kiri) berkata, usaha bersama pihak berkuasa lain boleh dilakukan dengan merangkumi beberapa penelitian melibatkan aspek keselamatan pendeposit seperti pemulangan wang mereka yang dicuri dan tindakan undang-undang ke atas pelaku jenayah berkenaan.


"Saya minta BNM sebagai pihak berkuasa sektor perbankan bergembleng dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) teliti aspek keselamatan, respons dan pemulangan wang yang ditipu, jaminan kepada pendeposit dan hukuman atas pesalah," katanya menerusi ciapan di Twitter.


Ahli Parlimen Bukit Mertajam itu memaklumkan beliau telah bertemu Timbalan Gabenor BNM, Datuk Marzunisham Omar bagi membincangkan isu berkenaan semalam.


"Selepas saja Parlimen meluluskan belanjawan sementara, saya meluangkan lebih dua jam di BNM bersama Marzunisham tentang penipuan kewangan.


"Benda ini dekat dengan hati saya sebab ini melibatkan wang hasil keringat rakyat," katanya lagi.


Dalam pertemuan itu, Steven meminta BNM mengkaji perkongsian liabiliti secara adil antara bank dan pendeposit supaya bukan hanya sebelah pihak terpaksa menanggung kerugian atas jenayah yang berlaku.


"Saya tahu bukan mudah, cabaran ini bukan sahaja di Malaysia, juga di negara-negara lain tapi kita perlu cuba sedaya upaya," kata beliau sambil berharap proses aduan, siasatan dan pemulangan wang turut akan dipertingkatkan.

0 comments

Commentaires


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page