top of page

Bank Negara arah semak harga insurans: Kemenangan pertama buat rakyat



Oleh: Akmal Manaf


Selepas heboh diperkatakan mengenai kenaikan kadar premium insurans kesihatan, akhirnya kenyataan dikeluarkan Bank Negara Malaysia (BNM) memberi kelegaan kepada masyarakat.


Terbaharu, BNM mengarahkan syarikat insurans dan pengendali takaful (ITO) untuk menyemak strategi penentuan semula harga insurans perubatan serta kesihatan (MHIT) untuk memastikan pelaksanaan yang lebih wajar.


Susulan pengumuman BNM itu, Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin yang lantang memperjuangkan isu tersebut menyifatkan ia kemenangan pertama buat rakyat yang sering menyuarakan tentang kenaikan kadar premium insurans kesihatan.


"Selepas rakyat bersuara, hari ini BNM keluar kenyataan.


"Ini kemenangan pertama rakyat, tapi ia belum berakhir. Mari kita perjuangkan lagi," katanya menerusi satu hantaran yang dimuat naik di X.


Pada 26 November lalu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, pihaknya akan membawa pendekatan perkhidmatan kesihatan berasaskan nilai bagi menangani isu caj hospital swasta yang dilaporkan semakin meningkat.


Katanya, di bawah pendekatan itu pesakit membayar berdasarkan kualiti perkhidmatan berbanding pendekatan fee-for-service yang mengenakan caj terhadap perkhidmatan yang diberikan.


"Kalau fee-for-service bermakna jika seseorang itu mempunyai insurans, datang dengan apa pun penyakitnya selama ia (hospital) boleh mengenakan pelbagai ujian, prosedur dan sebagainya, maka itulah jumlah (bayaran) yang akan dikenakan.


"Perkhidmatan kesihatan berdasarkan nilai...contohnya dia pesakit hernia kalau hospital itu cekap, efisien, maka ia (hospital) akan mengenakan bayaran hanya kepada satu prosedur yang namanya herniorrhaphy,” ujar Ahli Parlimen Kuala Selangor itu.


Isu peningkatan caj hospital dan insurans perubatan yang melambung tinggi dibangkitkan beberapa ahli Parlimen yang meminta KKM untuk mengawal isu tersebut.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page