Bank naik kadar faedah: Tidak perlu Dr Asyraf lantang di media, suarakan terus ke PM



Kenyataan Ketua Pemuda Umno, Dr Asyraf Wajidi Dusuki berhubung isu kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) oleh Bank Negara Malaysia yang meningkatkan kadar faedah bank menyerlahkan sikap ketidakberanian beliau berhadapan pemimpin tertinggi kerajaan BN - PN.


Menurut Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Cabang Kemaman, sebagai pemimpin dalam kerajaan Asyraf boleh terus mengasak Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk memberi arahan kepada Menteri Kewangan agar jangan membebankan rakyat dengan kenaikan OPR tersebut.


Kata AMK Kemaman lagi, kenyataan di media bukanlah tindakan yang betul sebagai anggota parti pemerintah.


"Kenyataan Ketua Pemuda Umno berhubung isu kenaikan kadar overnight policy rate menyerlahkan sikap hipokrasi parti nasionalis itu.


"Beliau menyebut melalui satu kenyataan bahawa kenaikan OPR yang diumumkan kerajaan sebelum ini tidak membantu menurunkan inflasi yang sedang mencengkam rakyat pada ketika ini," ujar kenyataan AMK Kemaman.


Selain itu, tambah AMK Kemaman, sebelum ini pihak Kerajaan melalui kenyataan Timbalan Menteri Kewangan 1 Datuk Shahar Abdullah menyatakan kenaikan OPR tidak memberi impak kepada proses pemulihan ekonomi negara. Kenyataan tersebut dibuat ketika sidang Dewan Rakyat baru-baru ini.


"Dua kenyataan yang bercanggah ini jelas membuktikan Umno adalah parti yang hipokrit dalam membela nasib rakyat. Pemimpin Umno hanya pandai beretorik tetapi tidak pernah jujur dalam membela nasib rakyat


"Rakyat mesti menolak parti dan juga pemimpin Umno pada pilihan raya akan datang. Terlalu banyak bukti pengkhianatan yang telah dilakukan oleh mereka kepada rakyat. Satu persatu kebrobrokan dan juga skandal yang dilakukan telah terdedah," kata kenyataan itu.


Untuk rekod, Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdoğan pernah menukar Menteri Kewangan yang condong kepada kenaikan kadar faedah. Erdogan lebih memilih untuk tidak membebankan rakyat dengan kadar faedah tinggi berbanding proses monetari biasa berdasarkan sentimen pasaran global.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER