Bank digital: Jana pertumbuhan ekonomi rakyat marhaen rentasi kaum, bukan untuk kroni



Pemberian lesen kepada penubuhan bank digital oleh kerajaan Malaysia baru baru ini seharusnya menjana pertumbuhan ekonomi melampaui sempadan kaum.


Menurut Timbalan Ketua Penerangan KEADILAN pusat, G Manivanan, bank digital seharusnya boleh membantu Bumiputera dan bukan Bumiputera


Bagaimanapun katanya, kerajaan perlu memastikan agar bank tersebut tidak memberi kelebihan kepada kroni dan golongan tertentu sahaja.


"Pertumbuhan ekonomi bukan isu rasis, tetapi isu masa depan negara. Setiap warganegara mempunyai tanggungjawab tersendiri untuk memastikan negara kita maju dan mempunyai daya saing yang tinggi berbanding dengan negara lain.


"Sebagai sebuah negara maju dan berteknologi, kita wajar mempelopori medium Bank Digital ini selaras dengan negara negara lain," katanya dalam satu kenyataan.


Bank digital yang mengurangkan kos operasi dan diharap mampu memberi lebih banyak pembiayaan kepada golongan marhaen, kata Manivanan, perlu mempunyai dasar yang pro rakyat dan dipantau oleh pihak kerajaan.


Tegas beliau, bank digital seharusnya menawarkan produk dan perkhidmatan yang relevan kepada golongan yang tidak mendapat perkhidmatan kewangan.


Selain memainkan peranan sebagai 'penyelamat' kepada usahawan kecil dan sederhana yang dinafikan hak meminjam, sekaligus banki tersebut boleh membantu merancakkan perniagaan berskala kecil dan sederhana.


Bank yang dianggap inovatif itujuga, katanya, harus menawarkan produk dan perkhidmatan seperti pembayaran hari gaji yang lebih cepat, kadar tukaran asing yang lebih murah, alat pelaburan dan perkhidmatan overdraf pada kadar yang lebih rendah


Namun, kata Manivanan lagi, terdapat beberapa persoalan yang tidak dijelaskan oleh kerajaan dengan tuntas mengenai perbankan tersebut.


"Apakah 5 syarikat yang diberikan lesen Bank Digital itu mempunyai kemampuan, kebolehan, kesungguhan dan kapasiti untuk membantu usahawan kecil dan sederhana?


"Apakah mekanisme yang digunapakai oleh BNM untuk memilih 5 syarikat yang berjaya mendapat lesen berbanding dengan 29 syarikat yang telah membuat permohonan?


"Dan apakah hasrat atau objektif sebenar Bank Digital akan dicapai, khususnya dalam membantu usahawan kecil dan sederhana? " tanya mantan Ahli Parlimen Kapar itu.


Selain itu, beliau juga mempersoalkan apakah kaedah untuk memastikan bahawa 5 syarikat tersebut akan merangka peluang pekerjaan kepada warganegara Malaysia, khususnya anak muda dan tidak menyalurkan peluang tersebut kepada sumber tenaga manusia dari luar kerana konsep pekerjaan digital adalah tanpa sempadan.


Justeru Manivanan berharap isu bank digital boleh diperjelaskan oleh pihak kerajaan dan isu berkenaan tidak dipandang daripada perspektif perkauman dan ia seharusnya dinilai daripada isu ekonomi.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER