Bank digital: Benarkah tolong orang susah, hanya satu syarikat Bumiputera diberi lesen?



Pengumuman kerajaan untuk mewujudkan bank digital mungkin dianggap usaha paling hebat pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Ismail sabri Yaakob dalam membantu rakyat marhaen yang tidak dipedulikan oleh bank bank sedia ada.


Namun bagi calon Timbalan Presiden KEADILAN, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, niat itu seolah olah sukar menjadi kenyataan kerana pemberian lesen kepada pengendali bank itu sendiri telah menimbulkan kontroversi.


"Semalam kerajaan umum 5 syarikat dapat lesen bank digital. Matlamat utama bank digital ialah sediakan servis, membantu, mendidik golongan rakyat yang terpinggir dan tertinggal oleh bank konvensional.


"Bank digital tak ada cawangan. Tak ada ibu pejabat. Ianya adalah suatu teknologi kewangan dengan pelanggannya hanya guna telefon bimbit. Nombor akaun ada di tangan kita. Semua transaksi guna telefon bimbit.


"(Malangnya) dari 5 syarikat yang dapat hanya 1 milik Bumiputra. Saya yakin banyak syarikat fintech bumiputra yang terlebih layak untuk diberi lesen. Ini isu lain kita boleh syarah kemudian," katanya.


Menurut Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu itu lagi, beliau tidak merasakan konsortium yang diberi lesen tersebut akan memberi pinjaman kepada rakyat biasa sebagaimana idea penubuhan bank digital berkenaan.


Katanya, jauh sekali konsortium tersebut akan melaksanakan konsep Amanah Ikhtiar sebagaimana yang digagaskan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim 3 dekad lalu.


"Saya tidak terfikir konsortium besar yang dapat lesen ini akan tolong rakyat biasa berniaga pasar malam, jual gorengan, buka warung tepi jalan di Baling, Padang Terap, Bachok, Hulu Terengganu.


"Apa lagi konsortium ini ada yang ofis di Singapura. Syarikat mereka tersenarai di sana dan di Amerika Syarikat. Kerajaan Malaysia beri mereka lesen bank digital untuk beroperasi di sini.


"Bank digital ini paling kurang (sepatutnya) mesti orientasinya ikut mainkan peranan macam Gramin Bank dan Amanah Ikhtiar. Membela golongan terpinggir dan tertinggal (tidak dapat pinjaman) oleh bank konvensional," katanya lagi.


Semalam Bank Negara Malaysia berkata, tiga pemohon lesen bank digital dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (APK) iaitu Konsortium Boost Holdings Sdn Bhd dan RHB Bank Berhad, Konsortium diterajui GXS Bank Pte Ltd dan Kuok Brothers Sdn Bhd serta Konsortium diterajui Sea Limited dan YTL Digital Capital Sdn Bhd.


Manakala dua pemohon lain dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (APKI) iaitu Konsortium AEON Financial Service Co. Ltd., AEON Credit Service (M) Berhad dan MoneyLion Inc dan Konsortium diterajui KAF Investment Bank Sdn Bhd.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER