Banjir Selangor: Kelewatan tindakbalas agensi Persekutuan mengecewakan



Kelewatan bantuan menyelamat atau makanan kepada mangsa banjir di Selangor tidak boleh diletak kesalahannya ke atas Kerajaan Negeri.


Menurut Exco Perumahan, Kesejahteraan Bandar dan Pembangunan Usahawan Selangor, Rodziah Ismail, agensi Kerajaan Negeri terutama Pihak Berkuasa Tempatan tidak mempunyai peralatan lengkap untuk mengeluarkan mangsa banjir dalam keadaan bencana berskala besar sebagaimana berlaku pada 19 Disember lalu.


Katanya, aset menyelamat penting dimiliki Persekutuan terutama di bawah Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma).


"Kerajaan Negeri (dalam hal banjir) sentiasa bersiap sedia dalam kerangka yang kita setting dari awal. Apa maklumat diberi kepada kita kita salurkan ke peringkat pimpinan bawahan. Namun ruang lingkup kita terhad. Kita mempersiapkan (maklumat) kepada semua, termasuk kepada agensi Persekutuan. Namun bantuan kita harapkan sampai lambat.


"Saya pantau semua kawasan, saya juga pantau di Sri Muda (kawasan paling teruk banjir).


"Kebiasaannya bila pusat pemindahan dibuka, agensi Persekutuan segera datang. Tetapi bila (seolah berlaku) terputus hubungan, misalnya Jabatan Kebajikan Masyarakat kenapa tiada persiapan awal? Nadma, kita kata kenapa aspek menyelamatkan nyawa itu tidak diberi keutamaan?


"Kami telah cuba sebaik mungkin keluarkan mangsa mangsa yang kita takut akan berlaku kehilangan nyawa.


"Hal lain di luar kawalan terutama agensi (Persekutuan) tak dapat turun membantu. Kita hanya boleh menggerakkan bantuan setempat," kata Rodziah dalam forum khas atas talian anjuran Sinar Harian, malam tadi.


Ahli Dewan Negeri Batu Tiga itu juga memberi contoh situasi di beberapa Pusat Pemindahan Sementara (PPS) mangsa banjir yang dibuka Kerajaaan Negeri dan agensi Kerajaan Persekutuan telah dimaklumkan namun tiada pegawai yang dihantar untuk menguruskan mangsa.


"Contohnya pada pukul 1 tengah hari (19 Disember) kita buka PPS, kita menunggu. Kita dapat arahan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kena tunggu dulu, mangsa tak boleh masuk sebelum dibuat swab test. Bila bertambah ramai yang hadir ke PPS disebab air naik luar biasa, pertama saya fikir nyawa manusia. Kita cuba keluarkan (mangsa) tetapi kita dapati kita kekurangan pihak yang boleh membantu, terutama keluarga yang sedang sakit.


"Mahu kata kerajaan Selangor tidak buat persiapan kita nafikan 100%, tetapi koordinasi amat lewat bila kita maklumkan kepada agensi Persekutuan. Biasanya (operasi) penyelamat diarahkan oleh Nadma, sama ada mereka nak arahkan APM, Rela, itu kita mohon koordinasi berlaku.


"Cuba bayangkan di satu PPS, bila orang telah berkumpul pejawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tiada. KKM langsung tidak datang, tidak ada keselamatan dalam konteks Rela atau pegawai polis. Yang ada pegawai Majlis Perbandaran yang saya faham memang mereka terhad sumber," katanya.


Menyentuh mengenai kawasan beliau di DUN batu Tiga, Rodziah berkata, keadaan banjir baru baru ini adalah luar biasa, tidak dijangka dan berlaku secara menyeluruh.


Kata beliau, banjir kilat biasanya berlaku di beberapa kawasan dan mudah ditangani dengan melibatkan PBT serta beberapa aset Persekutuan namun tidak pada kali ini.


"Yang biasa saya lalui hampir 13 tahun menjadi YB di DUN Batu Tiga, kita menghadapi banjir kilat yang terkawal. Maknanya tidak sebesar ini dan seluruh kawasan.


"Kita dalam kumpulan komunikasi bersama pimpinan kawasan dan jawatankuasa penduduk sentiasa berkomunikasi mengenai paras air, hujan lebat, siren banjir dan sebagainya


"Hari itu (18 Disember) kita lihat hujan lebat seharian. Pada pukul 9 malam saya minta pimpinan pantau kawasan masing masing. Pukul 1.00 pagi kita dapati air naik deras. Kita juga dapat notis dari MB pada 18, 19 dan 20 akan berlaku kejadian ini. Cuma saya peribadi tidak sangka kejadian ini berlaku di semua tempat


"Bila berlaku air pasang (laut) dan hujan lebat 300mm itu, dia naik serentak di semua tempat. Pukul 4 pagi kita dapati seluruh tempat banjir dan tita menyediakan pusat pusat pemindahan awal. Kita minta Pegawai Daerah sebagai ketua bencana untuk menyediakan pusat pemindahan segera," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER